Tuesday, July 29, 2008

baby love

im off to jb this evening for my 3rd jpj test. yeah, i get it. im not good with machines. haha. but one thing for sure he will miss me when im gone. (cheer up syg. its only for one day=] ) im sending you click5's empty to your email. thanks for last night. thanks for worrying over me just for a stomachache. i love you so much.. happy 3month-anniversary!

here's a lil prezzie for you. i couldnt find the song tho.. :(

You're my always and forever
You're my sunshine
On my mind, constant
Think about you all the time
You're my everything

You my new school love
You my old school love
And it's so true
You're the one I'm thinking of


p/s: be back the day after tomorrow! :) doakan ika ok..

Monday, July 28, 2008

confession

i know this may sounds lame and cheesy. sebab blog sendiri kan. but i dont care!



i love you en faisal!
and mishing you badly.


Thursday, July 24, 2008

karnival parit raja

okayh. this is the long awaited update. haha. bajet macam banyak readers je kan. haha. karnival parit raja ni dah start dari hari jumaat lagi. tapi ika tak dapat pergi sebab ada driving class. hari ahad, ika sampai batu pahat dalam pukul 10 pagi. en faisal dah promised nak bawak pergi karnival tuh. kebetulan kak bai pon nak pergi. so, both of us tagged along and tumpang kak bai. hehe. it was raining tapi kitorang teruskan jugak. bawak payung. nak sangat pegi, amek ko. haha. kerja kitorang makan je la. gerai pon banyak gerai makanan. sambil jalan sambil makan. sambil makan sambil jalan. haha. bahagia btol dapat makan. lelagi kak bai. haha.

the best event of the evening would be the motorshow. i was like jakon. here and there. en faisal was kind enough to get the shots i couldn't take. the place was packed with people. yup. as jakon as i am. only im in the normal rate. haha.

kete ni bleh kuar apiiiiii

tare panda

gadis2 litar. erk.

future car eh? =)

tired with photo takings and almost soaked by the rain, we decided to head back to college. after asar, kak bai took me and en faisal to early dinner kat warong ape tah name dia. haha. ape ha en faisal? lupe ah. then we head back to college to freshen up and get ready for the night event. final battle of the band. this time en faisal decided not to tagged along. because he was not in the mood (kunun). the whole room went out together and adik jiran lia, yong followed. the only guy in the car! haha. as we reached the stadium, kak ju just disappeared. then just left four of us. then kak bai found her classmates and so was lia. and i was left alone! i just had to call en faisal and forced him to come. yup. he's coming =) . only then i met nad, umi and ita. kalo tak suh en faisal datang pon takpe. oh well, he's already on his way. haha.



i waited for en faisal on the tracks with the others. then lia and yong joined us. and then fazli came. and then ayob, and then en faisal! yay. =) then adah and bella stopped by and said hi. havoc2. hehe. and notice in these pictures sebok je si yong ni interframe. dah la junior ade hati nak join. haha. dia sorang je budak first year dalam gamba- gamba nih. dah la baru je kenal kitorang. haihh.. haha.




me, lia and yong

kak bai plak samok ngan fiq mentor nih. semangat gile dia pi amek gamba fiq. tp gamba agak blurry sebab fiq cant stand still. plus the camera was no slr. hehe.

fiq mentor

new roomies. kak ju missing in action. kak bai. ika. lia.

~us~

alright! that's all folks! =) it was a tiring night. to wrapped it all me roomies and me ate durian before we hit the bed. haha. masyuk2. haha.



hello world

its urmm.. 3 am in the morning. yup im still up since i've spent the evening sleeping. hehe. im up studying okayh, mind you. haha. anyway, im soooo sure you are craving for more post from us. dont you worry! i'll update as soon as possible. en faisal cant do the updates because all the snapshots are with me. so, he'll sit on his chair and goyang kaki. haha. btw, i've just realized im the prettiest and the most poise in lab and bengkel. because im the only girl. haha. (somebody just slap me in the face). this is a busy, busy week and about to get busier. bese la. superhero mang busy. hehe. busy body. okay. im out. mau study.

muaahhhxx to nabil raja lawak 2. haha.

buckets, buckets full of caramel popcorns. hehe.



p/s: btw, have ya watch dark knight? lemme know.

Thursday, July 17, 2008

~hari ini~

hari ini merupakan hari yang memenatkan sel-sel otak saya....seawal jam 8 pagi otak saya telah dikerah bekerja melebihi had untuk menerima dan menyerap rumus2 mekanik bendalir yang kelihatan sungguh 'menarik' pada pandangan saya...ianya amat memeritkan tambahan pula dengan keadaan persekitaran dewan kuliah yang sungguh nyaman serta sesuai untuk melelapkan mata...jika salah percaturan, saya boleh pergi ke 'alam lain' dalam sekelip mata sahaja...haha...tunggu punya tunggu, akhirnya tamat juga penderaan mental ini yang mengambil masa selama 2 jam....pelbagai rintangan wujud namun saya berjaya menamatkan kelas itu dengan jayanya...

penderaan mental diteruskan apabila saya perlu menghantar laporan makmal....penderaan ini memang amat memeritkan kerana saya perlu menghasilkan rumus sendiri bagi memastikan tiada ruang jawapan yang kosong di dalam report itu....

pelbagai lagi kejadian berlaku, namun saya tidak berminat utk menceritakannya...takut2 nanti anda bosan pula dengan cerita saya ini...

sebagai kesimpulannya, hari ini memang hari yang memenatkan...pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku...mungkin Tuhan mahu membalas dosa2 yang telah saya lakukan...saya redha dengan ketentuan-Nya....

semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini....Amin....

utk si dia, terima kasih kerana bersusah-payah meyakinkan saya utk sain 'agreement' itu....


p/s: i love u too ika... =)

Wednesday, July 16, 2008

miss kalut.

nak tau bende klaka tak? haha. memang klaka campur bodoh2 sikit. hehe. ika turun jumpe en faisal pukul 9pm tadi. nak suh dia sign 'agreement'. haha. pastuh sementara mengisi kelapangan dan menunggu meeting en faisal yang akan start pukul 10 (kunun korporat), kitorang berborak kosong dan membuat masing- masing sakit hati. kerja normal la tuh. haha.

en faisal bagi ika lesen L lame dia ngn gambar mase kecik dia. ika pon selit la dalam fail. nak hampir2 pukul seploh kitorang pon agree tuk blah dari kafe tapi tersangkot plak sambong borak tepi tangge. haha. (tu pun bese la). sambil borak2, ika pon tangan gatal, hayun2 la fail merah tuh. haha. rupa- rupanyeeeeee... (start part ni promise jangan bagitau en faisal ok?) mase ika high berborak tuh, lesen terjatuh. gamba plak sipi2 nak jatuh. haha. pastuh ngn selambanye cakap bye and blah balik bilik.

dah sampai bilek tukar baju semua, baru ika perasan lesen tuh dah tade. kalut jadinya. terbayang orang yang jumpe lesen tuh kang bagi kat pejabat, pastuh orang pejabat buat announcement "mohd faisal bin che halim, sile hadirkan diri ke pejabat".aaaaaa! mintak2 la ade! mintak2 la tade orang amek! kak bai ngn lia dah gelak2 dah. adoi memang kelakar. ika pon follow balik route ika amek nak balik bilik tadi. sekali dari jauh ika nampak bende shiny2 kene reflection lampu. yay! dah jumpe lesen! Alhamdulillah. =)

sampai bilik ika tayang lesen yang dah 'diselamatkan'. kak bai gelak lagi. ika tuka baju tido balik. cek henpon. ade message. adah. "ika, aku dah nak sampai kolej, turun la amek nota." ya Allah! orang baru je turun tadi!!!

pelangi

Last Friday both our classes ended around six. After meeting up and having drinks with raza, nad and ayob at college’s cafe, we chatted outside college. And to our surprise there was rainbow! Cantek punye! Bese la ika jadi jakon. Jakon itu normal. Biar la nak jakon pon. And en faisal’s phone came in handy. =) we were snapping photos in the middle of the road. (naseb baek tak ramai orang). Whatever folks! We are both jakons! (nak jugak libatkan en faisal). Haha. Here’s the shots.


tadaa! pretty eh?

semangat siap bwk buku ekonomi. haha

the rainbow ends with me. tengok2! haha



p/s: i love you en faisal ^_^


girls just wanna have fun



i spent cuti hol like a king! well, not really. it was nad's idea that i spend the night with her so that we can have fun the next day. (it was hol holiday. haha. klaka.) en faisal insisted me on not going and left him alone, takut kebosanan.but nad's offer was too hot to resist! =) haha. around 9 to 10pm, both nad and ayob picked me up at college. to tell you the truth, it was hard leaving en faisal even it is only for a day. haha. yeke? we then had dinner on the way to batu pahat.

as i reached nad's school i was already making new friends. haha. We were sleeping on mattresses we laid on the floor. Haha. Gile kecoh la malam tuh. And I woke up to breakfast. And they cooked! Hmm. Bliss!! Oh, and en faisal’s texts cheered up the day too. Hehe.

As noon approached, we were off to our destination! Actually it was their plan. I only tagged along. Since there are 7 of us, two cars were used. And the drivers for the day were lucky Raza and Ikin! Haha. Jap2, sape yang suke jadi driver kan? Haha. First stop was ayer hitam. Those practical teachers wanted to get presents for their observers since their interns were about to be over in a couple of days. I helped them choose the perfect gifts. Hehe. And I got myself a heart-shaped pillow with little hearts and some writing on it- since NO ONE is getting me 1. huh.


Then we went to sungai lurus to have dinner and to witness the best gift u cannot resist- sunset over the sea. Biase la, begambar-gambar, berposing- posing. Haha.

Dah penat tuh pegi la makan kerang kat warung tepi laut tuh. Nana’s treat! Sonok gile! Makan free kan. Haha. Lepas maghrib we went back, but ikin had to make a detour to send me back to college.


Monday, July 14, 2008

mini gath


okayh. ini update yang sangat lambat dengan internet yang sangat slow kat bilek. kadang2 tak dapat connect pun. sakit hati jugak tunggu connection nih. whatever it is, i just want to update y'all (cewah) with recent mini gath i had with my friends. indulge in this photos. =)


if we were spice girls, i'd be posh spice. haha. coz i got to have becks. =)

daytona!

whoops!



hectic week

activity: tapping my feet with eyes glued to the screen while waiting for en faisal to finish his class.

aaaaaa! guess what? baru je semalam janji dengan gadis2 nih nak keluar jalan2. kereta pon dah dapat. sekali pagi tadi mase dinamik, en ram btau klas cancel, kabel lcd is nowhere to be found. "saya rase kite ganti klas mlm ni la, nanti awak banyak tertinggal". aaaaa! orang dh plan baik punye nak keluar! and to rub it in. ika baru tau ade taklimat makmal la plak pukul 2 nih. haha. memang tade rezeki nak keluar la. haha. mega sale dah lame start. tapi ika tak start2 shopping lagiiii!!!


to-do list [focus-today]
  1. print out pendaftaran subjek ika n pessa
  2. print out notes for bad and fir and myself
  3. meet up en azriszul n settle up the group thingy
  4. meet up en shahir and settle all out on the subjects
  5. taklimat makmal 2 pm
  6. dynamic 8.30 pm
  7. rearrange shoes.
  8. give spanish notes to juniors
  9. shopping (optional)

p/s: en faisal is running late. and im about to be mad...

Sunday, July 13, 2008

~kutip-mengutip~

'benda' yang dikutip



pada cuti semester yang lepas, saya berpeluang untuk pulang ke kampung halaman...peluang ini saya tidak lepaskan kerana ia hanya datang setahun 2 kali sahaja...macam hari raya pula gamaknya....memang gembira habis la sebab saya boleh buat 2 benda yang saya memang plan tiap2 kali balik kampung...rutin di kampung kata org...jumpa old fren and beli jersi siam...orang tak berduit mcm saya ni memang hanya mampu untuk membeli jersi siam je la..jikalau pergi ke butik pun hanya untuk membandingkan jersi siam saya dgn yg ori...biar apa pun org kata saya tetap bangga memakai jersi siam tesebut! =) terlanjur pula bercerita mengenai jersi siam, saya jadi malu sendiri kerana excited sorang2..harap dimaafkan..hehe



berbalik kepada topik asal, ketika saya berada di kampung...pada suatu petang, ketika sedang berehat-rehat menikmati keindahan suria (agak panas jugalah ketika itu), saya dikejutkan dengan panggilan dari adik bongsu saya...dia datang dengan muka tersenyum2 sambil tersipu-sipu, mcm ada benda yang dia mahu dari saya pula.....soal punya soal akhirnya saya dapat tahu juga hajatnya...rupanya dia mahu ke pantai...bercakap tentang pantai, memang sudah lama saya tidak ke pantai...jadi saya terus bersetuju dengan usulnya..dia dengan gembiranya terus melompat2..nasib baik tak patah lantai rumah atok saya tu...al maklum la, rumah kg sahaja...dia terus bersiap2 dan mengajak kakaknya pergi sekali...ibu saya tak mahu pergi jadi kami hanya pergi bertiga sahaja...



jarak perjalanan dari pantai itu ke rumah atok saya tidaklah lama, cume 15-20 minit sahaja...perjalanan selama itu pun saya perlu melalui 'pos polis hutan'...senyuman dimurahkan dan kata terima kasih diucapkan ketika melalui pos itu...saya tidak mahu ditahan oleh polis hutan kerana memasamkan muka dan dituduh menculik kanak2 bawah umur...haha..kami melalui jalan yang berlatarkan laut selepas itu...suasana sungguh menyamankan...lalu saya teringatkan si dia yang berkeinginan ke pantai tetapi tidak punya kesempatan...sampai sahaja,adik2 saya terus melarikan diri ke pantai...nasib baik depa tak tergolek...sebenarnya saya ingin juga turut serta tapi setelah memikirkan keadaan diri yang agak 'berat' ketika itu, saya batalkan sahaja niat saya...nanti tak pasal2 saya jadi bahan tontonan awam di pantai itu...hehe...



berjalan punya berjalan...saya pun terjumpa dengan sesuatu yg org lain mungkin anggap biasa sahaja tetapi tidak bagi saya...kerana saya jarang mengutip benda2 seperti ini, kebiasaannya hanya saya lihat dan tinggalkan...jadi saya memutuskan untuk mengutip benda itu...kelihatan menarik dan sesuai untuk diberikan kepada si dia...walaupun ianya tidak seberapa, namun nilai estestika yang wujud melebihi segalanya....adik2 saya biarkan bebas bermain di gigi pantai..sayang sekali saya tidak sempat untuk mengambil walau sekeping gambar pun kerana saya tidak punya gajet yg canggih2 utk dibawa bersama..saya semadikan detik itu dalam diri saya bagi ingatan di masa2 yang mendatang...apalah gunanya sekeping gambar jika tiada nilai kenangan di dalamnya...usai berjalan2, saya pun mengajak adik2 saya pulang...kata orang tak elok jika berada di pantai ketika maghrib kerana ketika itulah hantu air muncul di permukaan air...saya hanya mendengar sahaja, buat ingatan diri sendiri...kalau muncul pun, pastilah saya org yg pertama yang berlari..haha...



saya sempat membeli keropok lekor untuk kudapan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah...aah, terasa rindu pula dengan aroma keropok lekor pantai timur!...

~awal kata~



Perasmian blog ini tak lengkap kalau tanpa kata alu-aluan dari empunya diri yg lagi satu ini...hehe..maaf dipinta jikalau kehadiran diri ini tidak berapa disukai oleh sesetengah pihak...minta halal segala apa yg berlaku dan ku minta jua agar dijauhkan diri ini dari cacian dan tohmahan dari pihak yang tidak menyukai diri ini...

bermulanya sebuah kisah baru dalam hidup saya melalui blog ini...yg sebenarnya, diri ini masih jahil dalam meluahkan buah fikiran melalui coretan...jika ada terwujud salah dan silap, maaf dipinta....luahkan sahaja walaupun sesuatu itu pahit untuk diluahkan...kerana itulah yang sebaik-baiknya....

masa nampaknya tidak mengizinkn saya utk menulis dengan lebih panjang atau pun saya sudah kehilangan kata2 utk ditulis(alasan klise utk menghilangkan diri dari suatu keadaan)...semoga saya berpeluang utk mencoret sesuatu lagi di dalam blog ini...InsyaAllah...Salam...
-peace to all-

Wednesday, July 9, 2008

pembukaan

sempena cuti hari hol ini, beta merasmikan pembukaan blog baru. haha. name dan address maseh dlm pembikinan. sekian. ngantok la! pi men bola plak!