Sunday, September 14, 2008

~mungkin~

mungkin
aku ini adalah insan yang lemah
yang memerlukan perhatian
yang memerlukan dorongan
serta sokongan
untuk meneruskan kehidupan di alam ini

mungkin
aku takut untuk berdiri sendiri
untuk melawan kehendak diri
serta nafsu yang membelenggu diri
yang membuatkan aku alpa, lalai
lalu akan membuatkan aku lebih jauh dari diri-Mu

mungkin
sifat manusia itu abstrak
berubah-ubah mengikut keadaan dan kehendak
lalu membuatkan aku sukar untuk memahaminya
kerana aku lemah
lemah dalam menganalisis
serta memahami isi hati manusia yang lainnya

mungkin juga
kerana aku adalah aku
tiada siapa yang dapat mengubah diriku
hanya aku sendiri yang mampu

harap diriku dapat diterima semua
baik lawan atau pun kawan

mohon maaf dipinta
dari hati yang mungkin sudah tidak suci ini
mungkin keikhlasan dapat mengatasi segala-galanya

-yang berserah kepada-Nya-

No comments: