Monday, November 10, 2008

cerita kematian siti.

satu misteri yang sepatutnye sudah lame terungkai. walaupun cerita ini sudah 4 hari usianya, bagaikan bertahun lamanya. berbagai spekulasi timbul di fikiran-fikiran orang-orang yang tiada kaitan nya dengan siti. apakah yang sebenarnya telah berlaku?

silap. silap jika difikirkan siti nurhaliza berada di bawah spotlight post ini. ceritanya bermula dengan siti sedang bersiar-siar menikmati indahnya hari, syukur hari tersebut tidak hujan. tidak semena-mena siti telah di attack. jatuh menggelupur di hadapan cik atikah yang sedang sibuk sidai baju. lantas cik atikah yang terkesima dengan kejadian yang baru berlaku menjerit memanggil cik alia yang sibuk membasuh baju. cik alia bergegas ke tempat kejadian. cik alia dan cik atikah datang dan mencangkung menghadap siti. siti diam membisu. cik alia dan cik atikah mula risau. cik alia menyentuh jemari siti yang telah terjatuh tertiarap itu, memberi bantuan. tiba-tiba siti menepis tangan cik alia dan membawa diri dari tempat insiden. tahulah cik berdua siti ok dan tidak mahukan bantuan. cik berdua meneruskan kerja basuhan yang memenatkan itu.

cik atikah dilihat sedang ber'friendster' setengah jam selepas kejadian tersebut. cik alia bertempik sambil bergegas mendapatkan cik atikah. di tangannya memegang gayung biru yang tidak diketahui kepunyaan siapa, dan di dalam nye terkulai siti dengan badannya berlumuran darah. bahagian kiri perutnya bagai ditoreh, memperlihatkan sedikit ususnya. cik atikah mula panik dan menyuruh cik alia meletaknya dengan perlahan. siti kelihatan sangat tenat. dadanya turun naik dengan pantas menyedut oksigen bagaikan berada dalam bilik kedap udara. cik berdua cube baringkan siti, supaya lukanya dapat dilihat dan mungkin bisa diubati. namun siti berkeras untuk terus meniarap. cik alia cuba lagi mengubah posisi siti, namun cik atikah tidak sanggup melihat siti dalam kesakitan dan menyuruh cik alia untuk biarkan sahaja siti. cik bainu pula tidak sanggup melihat dari dekat kejadian tersebut dan hanya memerhati dari jauh sambil menunjukkan mimik muka yang sedih seperti mahu menangis. sayu. memang sayu menyaksikan keadaan siti ketika itu. diberi makan juga siti tidak mahu, apalagi ubat. kami biarkan saja siti tertiarap. cik atikah menyelimutkan siti yg kelihatan mula sejuk. kata-kata semangat diberikan kepada siti untuk terus bertahan. hendak dibawa berjumpa doktor, siti berkeras kata tidak perlu. mereka ikutkan sahaja kata siti. cik azura tidak mahu langsung melihat siti, kononnya siti ini persis burung layang-layang dan tidak perlukan layanan istimewa. cik azura meneruskan kerja menaip thesis nya.

badan siti yang berlumuran dengan darah

siti terkulai layu

cik alia pula terpaksa meninggalkan siti dengan cik atikah memandangkan beliau ada mesyuarat dengan saudagar-saudagar dari China. berbaloi kelas mandarin yang diambil, cik alia habis menjual kesemua batik-batik terengganunya. saudagar cina terperasan akan kejadian yang sedang berlaku dan terus berada di sisi siti memberikan semangat. tiba pula saudagar arab, sharifah laila atau nama komersilnya cik eli memberi kata perangsang kepada cik atikah dan cik alia supaya bersabar. diketahuinya masa siti sudah sampai dan tidak perlu lagi memberinya roti untuk mengalas perut. cik-cik dan saudagar-saudagar terdiam kesedihan, mengingatkan siti supaya tidak mencari mereka di akhirat kelak. cik atikah pula sudah menunjukkan tanda2 mahu menangis. sambil mendengar cik eli berhujah tentang spesis siti, jemari cik atikah mengusap-usap kepala siti. terasa dada nya berat turun naik untuk bernafas.

tiba-tiba dada siti statik. jemari cik atikah bagaikan kaku. kepala siti terbaring di atas lantai. cik atikah lantas berkata "korang, dia dah mati! sitiiiiiiiiiii!!!!!!!". cik eli menunjukkan kehairanan sambil berkata "dah mati baru nak kasi name..". panick was in the air. air muka masing-masing berubah melihatkan kematian yang baru berlaku di hadapan mereka. sesuatu yang baru. belum pernah mereka menyaksikan sesuatu dalam keadaan tenat dan mati di hadapan mereka. terkedu dan seperti dalam kebodohan mereka melihat sahaja siti yg terkulai diam. cik atikah menyuarakan pendapat untuk mengebumi kan siti. cik alia setuju. namun sampai ke petang siti tidak lagu dikebumikan, sehingga la tersiarnya episod pertama puaka niyang rapik di tv3, menjadikan masing-masing takut untuk keluar malam dan mengebumikan siti. hajat itu ditangguhkan sehingga esok. malangnya keesokan hari cik atikah terpaksa bertolak ke johor bahru atas urusan keluarga. nasib siti selepas itu tidak diketahui. persoalannya sekarang adakah benar siti itu betina?


siti

6 comments:

pessa said...

boleh tahan cte ni...sedih2...

ikabash said...

hui.. menaip pun nangis2 tau..

Machicken said...

Yok2..cik bai xtau..roh siti datang hunted cik atikah nnti..mesti siti kate "Korg yg bunuh aku ari tue!!!"
hahhahaaa..cik bai xterlibat yek.. =P

p/s:Cik atikah ini terpengaruh dgn nama2 lakonan dari cerita Kekasihku seru...sbb tue ade cik-cik di sini

gendit said...

aku ingat siti manela...rupenyer burung...tertipu i...adoi2x..cik atikah pegang cik siti tuh xtakot ker...ntah2 ader penyakit burung giler ker...hahahaha

ikabash said...

hahahahha..

ikabash said...

burung ni kiutttt.. nak bela lagiiiiii