Friday, January 23, 2009

doa buat hafiz

hafiz. (gamba dari blog anis)

salam.
salam sejahtera dan selamat semester break. =)
orang lain start semester break hari sabtu, ika dh mula semester break hari rabu lagi. malam rabu ayah rushed and picked me dalam 12.30 malam. ira besa plak tgh menangis di seat belakang mpv. i wanted to know the whole story but the condition at that moment kinda forbid me to open my mouth. "kakak, pack up, we're on our way. hafiz dh kritikal". ira texted. hati bebelah bahagi gak nak follow ke kl. sebab ika tak reti nak ponteng kelas, pegi kelas lambat pon rase cam nak nangis dah sebab panik. huh. macam prangai dak darjah satu. hehe. "family comes first" ira reminded me. ika ketepikan kerunsingan dunia belajar dan ikut ke kl. tak sempat la nak pack sangat, bawak baju untuk dua hari je lepas tu tido skejap sebab kepenatan buat report dua malam dan game volleyball 3 jam berturut.

keadaan hafiz memang kritikal. makngah dan pakngah pun nampak letih, tapi digagahi lagi. jantung hafiz dah tak sihat lagi. injap jantung dia dah mula bocor. disebabkan itu, jantung dia terpaksa bekerja kuat untuk mengepam darah. ibu bagitahu saiz jantung dia dh expand 3times dr normal size dia. heartbeat anak kecil 7thn ni dalam keadaan rehat adalah sama dengan orang normal ketika berlari. bayangkan pula jika anak kecil ini mula bermain dan berlari. bayangkan heartbeatnya ketika itu. doktor sudah mengesahkan tiada apa yang dapat dilakukan lagi. mak ngah dan pak ngah dah nekad tak nak undergo surgery, sebab kalau dilakukan pun, hafiz akan berada di bawah intensive care. tak adil untuk kanak-kanak sepertinya untuk terbaring dia atas katil instead bermain bersama-sama kanak-kanak sebayanya. all we can do now is wait. and pray.

hafiz la permata hati, cucu lelaki pertama nenek dan atok. ketika dilahirkan keadaan nya memang dh kritikal. jantung nya tidak mempunyai kedua-dua injap untuk membawa oksigen masuk dan karbon dioksida keluar. alhamdulillah scheduled operation yang dijalankan selepas hafiz dilahirkan berjaya. satu injap diwujudkan pada jantung hafiz untuk membawa oksigen masuk dan karbon dioksida keluar. keadaan ini mengelirukan jantung, tapi alhamdulillah hafiz dapat bermain. bermain juga perlu ade limitation, jika terlalu penat, bibir hafiz mula biru dan wajah nya menjadi pucat.

scheduled operation seterusnya ini seperti tidak dapat diteruskan. kami semua pulang untuk melihat hafiz dan memberi sokongan dan bantuan kepada makngah sekeluarga. walaupun dilahirkan serba kekurangan hafiz diberi kelebihan lain, ketika seusia 4tahun hafiz dah boleh membaca ayat kursi. dibacanya kepada ibu melalui telefon. "maklong nak dengar adik bace.." becucuran air mata ibu. hati nya mudah menghafal ayat-ayat suci. sebak mendengar atok cerita hafiz dah mula bertanya atok tentang syurga, "atok, kat syurga tu best tak?" "atok, kat syurga tu diorg tau ke saiz baju adik?"

ketika ini, hafiz masih terbaring lesu dia gleneagles ampang. kami menunggu hafiz menjadi stabil agar kami dapat bawa dia pulang ke rumah. agar hafiz dapat jalani hidup seperti kanak-kanak lain. walaupun kami sedar peluang itu semakin tipis. mohon kami sekeluarga agar dipanjat kan doa dan bacaan yasin bagi semua yang membaca untuk anak kecil agar dia kembali sehat. mudah-mudahan doa-doa kita dimakbulkan. Amin.

9 comments:

Iman Hayat said...

poor kid. i'll pray for him.

Machicken said...

Mari kita berdoa..agar hafiz dpt bertahan...

pessa said...

mohon petunjuk dari-Nya...bykkan doa...

ikabash said...

thnx u guys.. im touched.. :(

syahirah said...

kakak! sedih larhh. haaaaa. ;(

Ayesha Syahira said...

menangis ira bace nie, thnks for all the support :')

Anonymous said...

terbaik buatnya

ikabash said...

trime kasih bnyk2..

Zetty Zainal said...

doaku untuk hafiz