Sunday, June 28, 2009

1 perjalanan

Hari khamis lepas aku selamat sampai di Kuala Lumpur. Aku sampai kat Puduraya pukul 11 malam setelah bertolak dari JB pukul 7 malam. Sampai je aku terus pi LRT, nak cepat sampai rumah sebab aku dah agak lapar la masa tu. Sampai je Pandan Indah aku roger Pokjak suruh die datang ambil aku. Baru je letak punggung kat seat kereta die terus ajak aku pi Downtown. Aku pun follow je la, yela orang dah susah payah datang ambik kte, takkan la nak tolak pulak. So, aku pun pi la downtown dengan perut berkeroncong. Pusing 1 round kitorang pun balik sebab barang yang nak dibeli takde saiz. Sampai je rumah aku salam mak aku, pastu terus masuk dapor cari nasik. Lapar gila beb.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Kedatangan aku ke JB adalah untuk menolong adinda tersayang membuat satu projek untuk sekolah ibunya. Projek Solar Car peringkat sekolah. Aku sampai JB hari ahad lepas. Sampai2 je kat sana, Aqil datang ambik aku dan kami pon terus pi UTM. Kitorang buat projek tu kat sana. Mula2 sampai tu segan la jugak sebab tak biasa sangat dengan ibu dan ayah Ika. Buat hati kering je la, gelak sama2 sume. Alhamdulillah la keesokannya aku dah rasa familiar dah dengan family die. Ok la, nak buat kerja pun senang sket. 3 malam gak aku tidur kat rumah Aqil. Agak segan la jugak dengan family die memandangkan aku pun datang dengan seluar koyak kt lutut dan rambut agak serabai.

Kitorang buat kereta tu hari Isnin ke hari Selasa. Race hari rabu tapi kene tunda ke hari Khamis sebab hari rabu hujan. Memang best la sebab aku ley spend masa dengan Ika dari pagi sampai malam. Gelak sama2, makan sama2. Hehe. Auntie Mala pun sporting je dengan aku. Alhamdulillah la. Makan semua ditanggung beres. Thanx to Auntie Mala. =)

Hari Khamis budak2 sekolah tu race kereta dan dapat 2nd place. Not bad la sebab ni first time budak2 tu masuk and kitorang buat sendiri kereta tu. Tak macam sekolah yang menang, dengar cerite depa upah orang untuk buat kereta tu. Taktau la betul ke tak. Petang tu aku spend masa kat rumah Ika sementara nak tunggu tiket bas pukul 6.30 petang.

Kesimpulannya, aku seronok jugak la dapat spend masa kt sana mase cuti ni. Thanx to sayang sebab bg sy peluang ini. =)

No comments: