Thursday, June 4, 2009

in her shoes.

mudahnya terbuai dalam dunia lain bila berseorangan. mudahnya pita-pita kehidupan yang dah berlalu datang bermain dalam minda. mudahnya bermuhasabah diri, kemudian tidak membuat apa- apa.

dia telan dalam- dalam. bagai tersekat sesuatu di kerongkongnya. matahari itu ditatap lama- lama seperti sebentar lagi ia akan cair. bukan sekali dia dengar kata- kata begitu tentangnya. enak sekali tuduhan sebegitu datang berkali-kali di hujung telinga nya. ditelan sekali lagi. pahit sungguh. truth hurts. dia akui pernyataan itu.

dia sedar puncanya adalah dirinya sendiri. dia akui dia juga bersalah. dia akui segala akibatnya terpaksa dia tanggung sendiri. beberapa kali dia telah tersilap langkah. nyata masa silam tidak tinggal di masa silam, ia tetap datang menjenguk sekali sekala, meninggalkan kesan. tuhan juga masih sayangkannya. dia akui itu juga. tuhan sayang aku. getus hatinya. barangkali itu sebabnya aku dikurniakan ujian. kurnia. bagaikan mendapat rahmat. dia mensyukuri kurniaanNya jauh di sudut hatinya, keluarganya is practically in a sinking ship. penyakit datang bertalu- talu. kadang- kadang mahu sahaja dia keluar dan menjerit "enough is enough". cukup la dengan yang diterima. tak perlu menyumbang lagi dengan mulut- mulut busuk orang. "if you cant say anything nice, say nothing at all". kata-kata ayahnya bagaikan pita kaset yang diletakkan pada punat repeat. tapi dia sedar. mulut orang, siapa sahaja yang boleh hentikan?

impiannya mudah. mahu escape. cintanya sering kali terkandas di tengah jalan. dia sendiri mempersoalkannya. mengapa? mungkin dia takut untuk gelaran komitmen yang bakal dikendungnya. mungkin juga soulmate nya belum tiba. jika diberi pilihan, dia tidak mahu kehidupan sebegini. menyakitkan. sangat. bukan dia tidak bersyukur, bukan dia tidak cinta. dia benar- benar akui bila dia bercinta, dia bersungguh bercinta. sungguh- sungguh. jikalau ada lagi perkataan yang dapat dia tambahkan selepas sungguh, akan dia lakukan.

sukar untuk dia terima kesilapannya akan menjadi portfolio khayalan yang perlu dibawa kemana- mana, yang berada dalam top list untuk orang hakimi. dia mengambil keputusan untuk diam dan terima sahaja bulat- bulat. mulut orang. bila penat nanti berhentilah. hidup perlu diteruskan. jika bukan untuk diri sendiri, untuk ibu tersayang.

dia tidak pernah suka terlalu mengharap, dikhuatiri dia sendiri yang akan terluka. dia tidak mengharap cintanya seindah, setinggi seperti Khadijah dan Nabi Muhammad saw. cukup sekadar seperti cintanya tri pada fynn, seperti cintanya aidil pada eli, seperti cintanya atuk pada nenek.


dia sedar dia silap. dia sedar dia juga tidak sempurna. mengapa mengimpikan yang sempurna? dia tahu kesabarannya itu akan berbalas. insyaAllah.

1 comment:

nad said...

sabar.
tabah.
doa.
tawakkal.