Sunday, June 28, 2009

macam-macam

Haaah. Akhirnya boleh jugak aku online kejap. Modem kat rumah ni buat hal la plak. Macam-macam cara aku guna nak betulkan balik modem ni, last-last aku panggil member aku je. Member aku yang bernama Zaim ni amek course telecomunication, so amat sesuai la aku panggil die. Pung pang pung pang dapat la aku online. Terima kasih kepada Zaim.

Aku bangun pagi hari ni, memandangkan ada kerja sket yang nak dilakukan. Pukul 11 lebih tadi aku pi kedai henset nak hantar henset aku masuk 'klinik'. Semenjak henset aku ni sakit, henset aku bertambah 'intelligence'. Kalau ada orang call, die tolong answer, kalo ade orang message die tolong reply. Naik pening kepala aku. Takpe la, semoga ko cepat sembuh wahai henset, kalo tak memang aku pakai public phone je pasni. Lepas hantar henset pi 'klinik', aku pi bengkel motor. Pi servis apa yang patut. Aku tukar tayar belakang motor selepas mendapat perkenan dari ayahanda. So lepas ni InsyaAllah tayar motor aku takkan buat hal lagi. Amin.

Malam tadi pulak aku pi hantar abah pi Hentian Putra. Kitorang lalu la dekat dengan Memorial Tunku Abd Rahman. Tiba-tiba ada 3 ekor anjing datang dekat dengan kereta. Siap keliling kereta lak tu. Bengong betul. Abah pun stop kereta kat tengah jalan, depa datang lagi dekat la pulak. Siap menyalak kuat gila. Sial punya anjing. Abah pun drive tapi buat acah-acah macam nak langgar anjing-anjing tu. Tau pun anjing2 ni nak lari. Tapi depa kejar balik kereta kami, ada la dalam 50 meter depa kejar pastu terus berhenti. Anjing2 tu pancit kot. Haha. Jalan punya jalan kitorang terjumpa lagi sekumpulan anjing ade la dalam 7 ekor. Tapi geng yang ni rilek je, dok bersantai tepi jalan, jenis tak kacau orang punye. Nasib baik la. Kalo tak aku rasa ade gak anjing yang mati kene langgar malam tadi.

Fuh, selamat aku tak naik motor lalu jalan tu. Kalo tak mesti aku kene gigit malam tadi pastu hari ni kene tahan kat hospital sebab kene penyakit anjing gila. Haha



p/s: untuk adinda tersayang, kanda harap agar adinda cepat kebah dari sakit. Jangan lupa makan ubat ya. Tidur kena cukup. Moga cepat sihat. Amin

3 comments:

ikabash said...

penakut. ngan anjing je pun..

ikabash said...

ni satu lagi hal apasal nak gune kanda dinda ni. kat blog plak tuh..kaver ar, mau kene bahan paksu ni wehhhhh

hahahahhahahahah..

kuang asam. sengajakan?

pessa said...

memang sengaja pun..hehehe