Sunday, June 14, 2009

Monolog

Hidup aku sekarang aku rasa agak terumbang-ambing. Asyik makan tido je, ajar adik aku pelajaran sikit, tengok tv, online, membesarkan perut serta menambahkan lemak. Aku rasa aku sekarang ni dh macam tergolong dalam anak burung gergasi yang tunggu disuapkan makanan je. Kalau aku ni dianggap sebagai anak burung, agak-agaknya semua aspek fizikal aku dah lengkap, siap boleh terbang lagi. Tapi aku still mengangakan mulut menunggu habuan dari kedua orang tuaku. Ape la nak jadi dengan aku ni.

Tapi kadang-kadang aku suka dengan cara hidup begini. Tak menyusahkan aku, masih boleh bersenang-lenang goyang kaki di rumah. Tapi perasaan bersalah still menyelubungi aku. Aku harap agar aku dapat memberikan yang terbaik kepada kedua orang tuaku apabila aku sudah bekerja nanti. Aku mahu menjadi anak yang mengenang jasa, tidak derhaka walaupun aku kadang-kadang menipu, dan menjadi anak yang soleh. Aku mohon agar diberi kekuatan untuk menghadapi semua qada' dan qadar yang telah ditentukan-Nya.

InsyaAllah

3 comments:

nad said...

ko terer pesa..
insyaAllah akan dpt keje2 yg bagos2 nnt..
nmpak macam ade ciri2 anak yg baik.
bagos! teruskan usehe, anak muda!

pessa said...

haha..thanx for that.. =)

ikabash said...

oih.. kene suruh ibu bace post ni.. haha