Wednesday, September 9, 2009

indeed. berbahagialah dengan takdirNya.

salam. salam ramadhan.

baru petang tadi ibu call, katanya dah nak gerak ke genting. konvoi ramai- ramai dengan kawan. adik pun sibuk nak bercakap dengan kakak. cerita kak ira dapat crocs baru dari ayah. tak pe adik, nanti kita cari crocs sama- sama jugak ye. sedar tak sedar dalam gelak ketawa berbual dengan ibu dan adik, air mata bergenang. alahai syahdunya nak raya ni, syahdunya lagi ramadhan nak habis. ibu ni jenis kental sikit. jangan nak jiwang- jiwang, mengada- ngada depan dia. memang kena buli. malu la nak cakap dengan ibu, ika nak balik. nanti kena buli. tapi rasanya ibu tau. dari hari selasa ika tak ada kelas. ibu cakap, "alaa, kenape tak balik jb?".

dulu masa duduk banting tiap- tiap malam ramadhan ikut nenek ke masjid. ye lah, masa tu arwah sakit teruk. kita sebagai kakak kena kuat luar, rohani pun kena kuat juga. memang senang cakap masa tu walaupun orang tengok hidup kita orang susah, tapi jalan dan urusan harian kita orang senang. lagi la masa tu, ibu tengah buat masters, kita orang 4 beradik je tinggal dengan atuk dengan nenek. masa tu nikmat dunia memang tak merasa. nenek hulur yassin masa ika 13tahun. dalam seminggu alhamdulillah ika boleh hafal suku surah yassin tu. lepas solat subuh, lama duduk atas sejadah sebelah tempat arwah tidur. syahdunya. lepas tu, nenek akan panggil sarapan. tak pernah ika tinggal sarapan duduk dengan nenek, pergi sekolah pun jiran sebelah tolong hantar hari- hari. ibu dengan ayah dekat johor tak payah risau lagi. sekolah dulu jauh jugak. ika naik bas tak pandai. sebab ibu dengan ayah dulu jarang expose ika ke dunia luar. dah besar- besar ni, explore la sendiri. dekat sekolah, cikgu semua kenal atok. ika dapat layanan first class, tiap- tiap minggu essay english ika jadi contoh dan ditampal dekat board tempat orang lalu lalang. wakil sekolah debat melayu, wakil sekolah hafazan al-quran (separuh jalan je la. haha). pendek kata masa tu, ilmu senang sangat masuk. kira masa tu, ika "it" girl. hehe. betul ibu cakap, sabar je. Allah tarik sikit, Dia pulangkan berlipat kali ganda.

frankly speaking, sekarang lepas arwah dah 9 tahun tak ada. rasa jauhnya dengan Pencipta. rezeki tu ditarik satu- satu. tapi masyaAllah, berubahnya pun tak ketara. senangnya kita lupa Dia lepas kita senang. dapat susah sikit, mengomel, mengaduh, compare dengan orang yang lagi senang. tak pernah nak bersyukur dengan apa yang ada. semua serba tak cukup. kepala otak pun bengap je sekarang, belajar bagai nak rak, pulangan nya tak berbaloi mana. tergerak jari ni menggerakkan cursor ke blog seorang teman rapat di waktu sekolah dulu. Malah, dialah orang pertama yang ika call, bila arwah adik ika dah tak ada. "berbahagialah dengan TakdirNya". betul- betul kena dengan batang hidung sendiri. thanks sajidah, for the reminder. Syukur sangat- sangat dipertemukan dengan sajidah. sekali lagi keluarga kami diterima berita sedih, cucu pertama atok telah pergi menemui Illahi awal tahun ini. seringkali, ya Allah ampunkan kami, kami tertimbul persoalan mengapakah diduga begini. bertalu- talu dugaan datang, berani pula kami mempersoalkannya. dipetik dari blog sajidah:


Jawab Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam: Semoga Allah mengampunimu.. Wahai Abu Bakar, bukankah engkau ditimpa kesakitan? Bukankah engkau pernah diberi ujian? Bukankah engkau jua dirundung kesedihan, bukankah bencana adakala mendatangimu?


Jawab Abu Bakar RA: Ya. (Aku mengalami semua itu)

Kata Rasulullah Shollallahu 'Alaihi Wasallam lagi: Maka ketahuilah sesungguhnya itu adalah antara bentuk balasan dari Allah.

(HR Imam Ahmad, hadith no. 65, 1/68)

Fahamkah kalian dengan hadith tersebut? Sesungguhnya setiap musibah yang menimpa kita, setiap airmata yang mengalir kerana kesedihan, keperitan hidup yang melanda, segalanya sebagai balasan atas dosa kita. Segala ujian itu datang sebagai menghapus dosa kita dan dengan itu, sesudah menerima balasan di dunia, maka di Akhirat sana ia tidak akan ada lagi balasan buat dosa yang telah kita terima balasannya di dunia.

ya Allah, angkuhnya, takburnya ika. Lembutkan hati ika, jadikan ika anak yang solehah, dan hamba yang taat dijalanMu. takutnya mengingatkan mati. Ika dah ramai kehilangan yang tersayang, patutnya ika lagi nampak, tapi rupa- rupanya ika yang paling buta. ibu, ampunkan ika. ayah ampun, ika tak nak dah mintak kereta, takpe tak ada kereta, encik adnan kata yang berjalan kaki dengan niat nak menuntut ilmu lagi banyak dapat dari berkereta. doakan ika dimurahkan rezeki, dimudahkan urusan, ika pulak nak sara ibu ayah. =(

4 comments:

pessa said...

banyakkan amal. perbaiki diri kita ye ika...kita sama-sama usaha...yang penting ika jangan give up, banyakkan sabar..InsyaAllah Allah akan tunjukkan jalan..

ikabash said...

tamau give up. give up pon dosa, maknanya kita tak redha dengan ketentuanNya. wallahualam

Sajida said...

tersentuh sgt dgn entri ika yang ni.. harap kita sama2 tabah ye.. tapi rasanya ika jauh lebih tabah sebab terlalu byk ujian besar yg menimpa. tapi itu semua ada ganjarannya. kat akhirat nnt org yg sabar adalah antara yg akan masuk syurga tanpa hisab. :D

ikabash said...

thank u sajeed, for letting me know the things i dont know or might forget. =) doakan ika juge ye..