Saturday, September 19, 2009
Sebelum Raya
18 September 2009
Hari ini aku dah plan dengan ayah aku nak balik KL. So dia datang pick up aku around pukul 2 camtu. Baru je jalan sket, ayah aku cakap dia nak buat allignment kereta jap. So aku pun bawak kereta ke kedai tayar yang terdekat iaitu kawasan taman perumahan sewaan aku. Sampai kedai, mekanik terus buat kerja depa kat kereta ayah aku. Tapi lame lah pulak depa ni buat allignment, padahal ayah aku cakap tak lame pun buat bende ni. Tibe-tibe mekanik tu datang then cakap yang ade part yang nak kene ganti. So, ayah aku tanya part tu ade x kat kedai die. Depa cakap kene cari dulu. Ayah aku pun agree je la. Tunggu punye tunggu dekat 3 jam lepas tu baru la part tu sampai kat kedai. Lame gile aku dok menunggu kat situ. Kalau aku main PES ni dah boleh menang cup dah (haha). Sambil-sambil menunggu tu aku dok layan bace majalah permotoran. FHM pun ade dan berlambak gile atas meja tapi aku malas nak bukak, yela bulan puasa kan. Kang tak pasal-pasal pahala puasa aku kurang (haha). Aku rasa majalah FHM ni boleh buat mekanik2 kat situ lagi semangat untuk bekerja kot, pasal tu banyak gile majalah tu kat situ. Haha.
So, aku bertolak dari Parit Raja pukul 5.45 petang. Lewat 3 jam dari schedule asal. Apelah nasib, yang penting perjalanan selamat. Aku drive masuk highway je tak lebih 100km/j sebab speed limit skang dah jadi 100km/j, kadang-kadang je sampai 120km/j. Tengok kawasan jugak la. Ayah aku pun pesan banyak kali jangan bawak laju, nanti kene speed trap. Mampus nak membayar.
Aku tiba di RnR Ayer Keroh pukul 6.50 petang. So kitorang decide nak buka kat sane je la. Kalo nak teruskan sampai Seremban mau aku bukak pukul 7.30 gak. Pas makan n solat, perjalanan diteruskan. Ayah aku nampak aku macam nak memecut je terus die ingatkan aku yang malam2 pun ade speed trap. Haha. So aku bawak slow je. Sampai Seremban lagi slow aku drive, 90 km/j. Bukan ape, aku dah mengantuk sikit sebenarnya masa tu. Maklum la lepas makan.
Aku sampai rumah dalam pukul berapa ntah, aku pun dah lupa. Haha. Chatting dengan si dia dulu then tidur. Home sweet home~
19 September 2009
Hari ni aku tak buat pape kat rumah. Bangun pun dah pukul 1.30 petang. Sedar2 family aku semua dah keluar pi cari barang untuk raya esok. Pukul 4.30 petang aku teman Fazlin tengok Kungfu Panda, last2 aku tertidur. Aku bangun pun masa orang dah berbuka. Basuh muka sekejap pastu terus pi makan. Memang perfect la jadual aku hari ni. Haha.
Tahun ni aku tak beli pape untuk raya. Baju Melayu pun pakai yang tahun lepas je. Si dia dah beli baju kurung warna biru. Nampaknya tak boleh la nak sedondon tahun ni. Hehe. Dan tahun ni juga aku tidak pulang ke Kelantan, kurang meriah sket la raya sebab takde pokok kelapa kat sini. Kalau ade tu rase macam suasana kampung sket. Haha.
Aku pun xtau nak merapu ape lagi. Baik aku sambung buat FYP, lagi best. Huhu. Chiow
Salam Aidilfitri dari warga kota Kuala Lumpur.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
hey org kl, jemput dtg banting esok.. acik masak sedap
InsyaAllah saya datang kalau tiada apa-apa halangan..
ish2...raye kat KL ke rupenye?Awat xdtg umh kak bai...org ade je kat KL nih..tue la..tepon canggih2..bukan nk gune bt call..ape da..
Post a Comment