Thursday, September 17, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri



Salam. Lame dah aku tak post something dalam blog ni. Kesibukan final year menghimpit aku untuk hanya tegar memandang kertas-kertas, nota-nota yang berselerakan di atas meja sahaja. Namun begitu, aku sempat juga berbuka puasa dengan si dia (hehe). Tahun ni aku rasa paling sikit jumlah hari yang kami berbuka puasa bersama. Dengan kekangan dari guard yang mahukan motoris memakai vest hijau membuatkan aku macam anti dengan guard skang dan malas bergerak ke dalam kampus pada waktu malam. Maafkan saya ye.

Aku agak si dia dah sampai di rumah pada masa ini. Mungkin sibuk bergosip dengan ibu tersayang sebab tiada message yang masuk dalam inbox aku lagi buat masa ini. Aku harap hari raya pada tahun ini akan mendatangkan kebahagian pada si dia. Kalau dapat banyak duit raya tahun ni, kite pergi shopping yee. Tu pun kalo saya dapat la. Haha.

Sempena dengan hari raya yang akan menjelang tiba 2-3 hari lagi, kami nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua rakan yang mengenali diri kami tidak kira yang jauh atau yang dekat dengan harapan anda semua bergembira di hari yang mulia itu nanti. Maaf zahir dan batin kami ucapkan atas semua salah faham, salah silap yang telah dilakukan. Raya nanti jangan makan rendang banyak sangat, nanti mudah kena darah tinggi. Haha.

Akhir kata, sekali lagi kami ucapkan....


Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir & Batin

2 comments:

Machicken said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!!!

ikabash said...

teharunyeeee.. salam aidilfitri semua =)