Sunday, June 27, 2010

SIRIM Rasa

Hari khamis lepas aku mengikuti lawatan ke SIRIM Rasa, di Rawang. Boleh tahan jauh ke dalam gak tempat tu. Memang buat taik mata je masa atas bas. Sampai di sana, aku tengok boleh tahan gak lawa bangunan kat situ tapi aku pelik tengok kereta staff tak berapa nak ada. Ye la, berapa kerat la sangat yang nak kerja kat tempat pedalaman camtu.Haha.

Mula-mula kitorang melawat ke lab foundri. Tapi aku tengok ejaan lab tu Faundri. Aku tak tau mana satu yang betul. Biarkan aje lah. Lab tu boleh kata semua ada la, dari cold chamber, hot chamber, automated casting, die casting, sand casting dan keluarga casting yang lain-lain. Malas aku nak elaborate, buang tenaga nak menaip je.

Lepas tu, kami melawat ke lab machining plak. Lab machining ni tak banyak sangat mesin kat situ. Kebanyakannya semua mesin dari keluarga CNC. Tapi aku tertarik pada satu mesin CNC milling ni. Dia punya saiz gedabak punya besar. Aku rasa kagum gak dengan saiz mesin tu dan tool yang ade kat mesin tu rasanya adalah dalam 50 lebih. Takpun lagi lebih dari tu, takde masa aku nak kira. Buat pening je.

Lawatan kami tu boleh kata agak sekejap jugak la. Dalam sejam je kot. Pastu kami terus balik ke HQ dan makan. Lepas tu balik umah. Kira kerja separuh hari je, tak rasa macam kerja pun. Yang penting sekali, aku happy!

cold chamber


mesin CNC milling yang bersaiz monster


Tool untuk CNC bersaiz monster

No comments: