- Aku seorang yang malas.
- Aku suka melengah-lengahkan pekerjaan.
- Aku suka senyum semasa bersendirian semenjak kenal dengan Miss Ika.
- Tiada orang yang pernah kata aku hensem selain dari Miss Ika . Haha.
- Aku suka berambut panjang tapi dalam masa yang masa aku rimas.
- Sekarang ini aku bangun pagi dan tidur awal, lalu membuatkan Miss Ika cakap aku ni orang tua.
- Aku suka dengar lagu Butterfingers.
- Aku ada seorang awek yang funny, dia selalu membuat aku ketawa.
- Aku bersekolah di asrama sejak dari Tingkatan 1, jadi tiada istilah homesick bagi aku sekarang ini.
- Maksud nama aku ialah penyelesaian, namun aku sukar menyelesaikan sesuatu masalah.
- Aku suka lihat pokok yang warnanya kehijauan untuk mencari mood sebelum study.
- Dulu aku suka menumbuk benda-benda yang berada di sekeliling jika aku bengang.
- Kaki aku bersaiz 9 atau 10 dan kadang-kadang sukar untuk mencari kasut yang bersaiz ini.
- Semasa Tingkatan 1 dan 2, aku terikut dengan budaya hip hop. Aku selalu memakai seluar baggy jika keluar ke bandar.
- Aku selalu mengumpul majalah Ujang, Revolution semasa berada di Tingkatan 1 hingga 3.
- Aku pernah bermain skate. Sekarang skateboard itu dijadikan sebagai alas pasu bunga.
- Aku pernah didenda berdiri selama 2 jam kerana tidak tahu berapa nilai 1 inci dalam unit centimeter(cm).
- Aku seorang yang pemalu dengan perempuan dari sekolah rendah hinggalah ke Tingkatan 5.
- Aku pernah lari dari tadika dan singgah di rumah orang yang tidak dikenali kerana hujan lebat ketika melarikan diri dari tadika.
- Sekarang ini aku tidak suka mendengar lagu-lagu dari seberang.
- Aku mudah lupa.
- Aku tidak suka kucing.
- Aku pening kalau membaca di dalam kereta.
- Aku suka lihat wajah Miss Ika kerana ia menenangkan aku.
- Aku suka menyakat Miss Ika semasa dia merajuk. Pasti dia akan ketawa dan tidak dapat merajuk lagi.
- Aku seorang yang pasif dengan orang yang tak dikenali.
- Aku tidak suka tengok perempuan yang tak reti make-up tapi nak make-up jugak. Jadilah mereka macam badut.
- Aku suka minum milo ais. Nikmat.....
- Miss Ika ialah cinta pertama aku. Terima kasih kerana menerima saya yang tiada apa-apa ini.
- Aku sentiasa rindu pada Miss Ika, lebih-lebih lagi pada masa sekarang.
tagged by Miss Ika. thanks for tagging ! ♥
2 comments:
hahah, most of them r abt me!
16.Aku pernah bermain skate. Sekarang skateboard itu dijadikan sebagai alas pasu bunga.
i like this 1. fanni!
yeah...my world is revolves around you...ehehhe
Post a Comment