Friday, August 27, 2010

'Lepak'ing

Hari sabtu lepas aku melepak bersama-sama fan ARSENAL di Ampang. Plan kitorang nak lepak di Old Town tapi takde skrin besar pulak. So, kitorang decide lepak kat mamak tepi ampang point je. Sekali-sekala jadi 'humble' dengan melepak kat mamak tak memberi masalah pada kami. Haha.

Kutuk-mengutuk member banyak diselang-selikan semasa game. Tu tak masuk lagi kutuk bengang kat mamak yang saje block view. Ingat kitorang datang nak tengok perot depa ka?Dah mintak ais kosong 3 kali baru sampai ke meja benda tu. Lain kali sumpah kami tak mau jadi 'humble', baik lepak kat tempat mahal-mahal je. Baru ade class, lagipun servis pun sama lembap dengan mamak.

Dh minum-minum sampai 0130am, budak-budak ni mau shisha pulak. Memandangkan mamak tu tiada shisha, terpaksa la kitorang tuka port. Menuju ke The Castle. Sampai sana terkejut gila, ramai nak mampus orang. Ye la, malam minggu kan. Parking kereta punye la jauh, kalau jalan kaki mau habis 1 puzzle sudoku level extreme. Tapi nasib aku baik malam tu, ade transport servis dari kereta ke kedai. Kalau tak memang exercise la aku malam tu. Haha

Aku, arip dan labi minum Barbican sahaja. 'Kimsun' bukan nama sebenar pulak order kopi ape ntah dan shisha berperisa 'GRENADE' + nenas. Rasa dia memang perghhhh, sukar nak gambarkan. Memang tak sedap langsung! Dah la tak sedap, tersedak aku hisap benda ni. Tak cukup dengan tersedak, batuk dan pening tahap gaban datang menyusul lepas tu. Memang budak-budak ni pun mengalami masalah yang sama dengan aku. Semua surrender, menyesal order perisa ni.

Perisa GRENADEni memang telah menewaskan kami semua. Pulang la kami ke rumah dengan perasaan hampa, sambil diiringi dengan rintik-rintik hujan yang semakin menggila seolah-olah mentertawakan kami. Sampai rumah aku tidur sebab pening tahap gaban, tapi sahur mesti bangun punye sebab dok kat rumah ni makan best... Hehe

Barbican

Kopi perisa apa ntah-saiz extra small cawan dia


Masing-masing dh biol

Arip control macho, padahal nak terbatuk

Labi version naga habis gas


p/s: Arsenal menang 6-0 ke atas Blackpool pada malam itu.



"In Arsene We Trust"


2 comments:

ikabash said...

finally! a post from u! glad u're doing something other than sleeping.. hahah

pessa said...

mane ade sleeping je...byk benda berfaedah yang saya buat tau..hehe