Kepada saudari Atikah Basyirah,
Kehadapan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut bulan perhubungan kita yang ke 54.
Saya berharap saudari sihat sejahtera selalu dan berada di bawah lindungan rahmat Allah s.w.t.
Sepanjang saya mengenali saudari, banyak suka duka yang kita alami bersama. Saya berharap agar hubungan kita ini diteguhkan dengan semangat kasih sayang serta sentiasa berada di bawah rahmat dan kasih Allah s.w.t.
Saudari pun sudah selamat saya sunting menjadi tunangan saya. Semoga kita dapat menguatkan semangat dalam mempersiapkan diri untuk melangkah ke alam perkahwinan selepas ini. Susah dan senang kita akan harungi bersama selepas ini. Oleh itu, jika saya ada tersilap di mana-mana harap dimaafkan.
Saya berharap agar saudari dapat mengharungi hari-hari yang mendatang dengan sifat yang positif agar hari yang akan kita lalui akan menjadi lebih bermakna.
Semoga kita bertemu di warkah yang akan datang.
Sekian,
Mohd Faisal
No comments:
Post a Comment