Wednesday, May 28, 2014

week 36

okayyhh.. dari baby 8 weeks old lepas tu terus skip pegi week 36. haha. sorry la, rutin harian tak memberi slot kekosongan untuk berblogging. or writing. ummi kene bangun pagi pukul 6 untuk bersiap pegi office. perempuan mengandung bergerak lebih perlahan dari kebiasaan, maka kena la extend masa bersiap. tambahan pula ummi duduk sensorang, everything i have to manage on my own you know. (please dont be naughty when you grow up).

lepas mandi and solat, ummi bersiap ala kadar je, tudung pin bawah. bedak pun tak ingin sapu and sapu cocoa butter pada perut yang membulat. turun ke bawah, ummi start enjin kereta. dalam masa enjin dipanaskan, ummi isi botol air besar ummi, minum madu yang dicampur air sedikit. grab sebiji kurma, ambil backpack kerja, and off to work! that's about 6.50 am. Ummi clock in work 7.30. Lambat sikit putung gaji. Tapi banyak kali dah masuk lambat, redha je potong gaji. Dah kite berjalan perlahan kan nak pegi clock in. Hehehe.

On the way pergi kerja, perut dah bunyi. Baby F pun sudah mula kick dengan rakusnye. Ummi pun sampai je office terus pegi breakfast dulu. Dalam pukul 8.00 am baru Ummi start work. Check email, ukur barang, cmm, vmm, pergi store, pergi ncm. Penuh la Ummi punye aktiviti, kekadang dah nak terkencing pukul 11.00 am baru Ummi pergi, lepas tu macam eh, dah nak lunch hour?

Lepas lunch hour, biasa Ummi duduk kat machine CMM. Mase lepas lunch ni kebiasaannye ramai yang datang dengan isu untuk diselesaikan. Boleh la burn off calories selepas makan. In between, ummi akan balik ke meja ummi untuk minum air. Production floor/lab tak boleh bawak makanan, maka ummi akan berulang alik bila kehausan, kekadang duduk sekejap makan cikedis orang offer. Mama bawak jugak kismis buat kunyah2, tapi ramai org tumpang port sekaki.

Bila pukul 5.30 je ummi akan start packing untuk balik. Sejak mengandung ni Ummi tak berani la nak balik malam2, dah takde orang tunggu kat rumah. bahaya untuk orang yang pergerakan dah limited ni. haha. tapi ada jugak bos ummi suruh stay back, itu pun kalau ade issue urgent or customer request. tapi kebiasaannye ummi akan cabut dulu sebelum disuruh stay back atau tak angkat call. haha.

Sampai je rumah kebiasaannye dah pukul 6.45, ummi baring kejap. Pasang lampu2, bukak tv kasi bising sikit rumah. Ummi naik atas mandi n solat maghrib. Lepas solat maghrib ummi dinner la, kekadang makan cereal je dengan susu. tu pun dah kenyang, nanti lewat sikit ummi minum air yogurt. ummi makan ubat2 doctor sebelum tidur. lepas solat isyak, biasa ummi dah tido dah, sebab dah tak larat. kepenatan. driving paling penat sebenarnye, lelagi kalau jam. ummi akan pusing2 badan dalam kereta sebab tak selesa. ada jugak rasa nak keluar kereta tgh jam tu,stretch sikit masuk balik driving. hahaha. biasa pukul 10.00 or 10.30 ummi dah tido. Syok nye tido atok Baby F dah pasangkan aircon. nanti pukul 3 and 5 pagi ummi bangun buang air. Asyik buang air je.

Tapi Ummi dah berenti kerja, ummi takut la baby f keluar awal, nnti takde kawan kat rumah, hehe.
Ok la, nanti sambung lagi. Sakit belakang duduk je ni. bye. Salam.

Thursday, November 14, 2013

baby makes me ramble

Salam baby,

Today Umi received newsletter from BabyCenter saying you are just as big as a kidney bean (kacang merah). Tiny nya! Tapi kenapa Umi punya perut ke depan? Haha. Umi loves you more every waking day. Umi selalu cakap seorang-seorang dengan baby.

Hmm. Umi sebenarnya tak boleh concentrate work. Umi mabuk sangat harini, sejak dari semalam. Membayangkan nasi dengan sayur buat Umi nak muntah. It means that you are growing baby. Alhamdulillah. Umi sebenarnya takut sangat nak vomit kat office. Takut menyusahkan orang. Nanti Umi dah tak larat pun siapa nak pick up Umi from work? Abi kat KL. Umi doa hari-hari supaya Allah s.w.t beri Umi kekuatan untuk kumpul rezeki bagi baby. Kalau tak boleh settle pun kerja Umi, biarlah ade progress day by day.


Umi rasa macam nak balik, nak lay down kat bed kat rumah. Umi rase macam nak makan bubur dengan ikan bilis kicap dengan telur dadar hancur. Sedapnya, tapi baby macam tak cukup kan?

Monday, November 11, 2013

growing baby in ma tummy

Today Ahmad Ozil is 8weeks old. Umi is super dizzy, super nausea especially after asar till after maghrib. Umi keeps drinking water and eating biscuits, but it doesn’t help. Umi have trouble focusing on Umi’s work. Lots to be done… L

Why Ahmad Ozil? Entah la, Umi punya instinct rasa yang teman Umi hari-hari ni boy la. Sebab Umi jadi kuat, Umi takde la muntah-muntah teruk, mabuk- mabuk Umi pun boleh lagi Umi drive back and forth to work. Umi lapar pun Umi pegi je shopping sendiri. Abi cakap Umi supergirl dia. Hehe. Umi rase Ahmad Ozil bagi Umi pinjam strength dia bagi Umi. Nanti dah besar jadi hero Umi pula ye.

Maybe sebab rezqi Ahmad Ozil, Umi dapat panggilan interview. Mudah-mudahan rezqi sayang Umi ni juga Umi dapat. For you, baby. Lillahitaala.

Minggu ni Umi baca, Ahmad Ozil is developing fingers and toes. Alahai bergenang mata Umi. Tak sabar nak gigit-gigit jari mulus tu. Hehe. Kalau Umi diberi rezqi dapat la Umi dengar heartbeat sayang, hujung minggu ini. Can’t wait!

Umi is still torn between going to check you up at government or private. Actually, Umi has already started regular check up at private. 2 times now. But Umi’s friends keeps advising Umi to get a pink book at government facilities. And your Abi seems could not do the decision himself. Semua nak Umi yang fikir. Lagipun Abi is 4hours away from you, so it’s not easy for him to come down regularly and take Umi and you to the clinic.

Umi pun pening nak fikir, nak beranak kat mana la, nak pantang kat mana la. Rumah sendiri pun tak ada lagi nak raise Ahmad Ozil. Umi pun takde tempat yang Umi boleh jadi selesa. Hmm. Umi tak sabar nak do the shopping je. Haha. Baby help Umi do the thinking can? You just tell Umi what you want, then Umi will tell Abi. He will definitely give you anythingggg. Hehe.

Umi is going to lie down now. Super pening, jap lagi muntah.



p/s : Umi macam nak makan nasi putih daging merah dengan sup sayur la harini. Nak tak?