Tuesday, November 16, 2010

Komuter

Semalam kali pertama aku naik komuter selepas satu peristiwa hitam yang terjadi kira-kira 4-5 bulan lepas. Tak payah la diceritakan peristiwa hitam tu, buat sakit hati je.

Semenjak komuter memperkenalkan koc wanita ni, aku tak pernah naik lagi komuter. Masuk dalam koc, cari tempat baik punye. Baru je aku duduk, tiba-tiba ada makcik sorang ni bising-bising marah mamat seorang yang duduk depan dia. "Ni koc wanita, lelaki takleh dok sini. Keluar!. Keluar!." Aku pun tengok aje la makcik tu marah mamat tu. Aku nampak mamat tu dah menggelabah ambil beg dia. Sekali aku terpandang sticker KOC WANITA. Pergh. Silap masuk koc ni. Patut la aku tengok takde lelaki pun dalam koc ni. Aku pun follow ar mamat tadi pi koc sebelah.

Angin jugak dengan makcik tadi. Kalau nak suruh kitorang blah pon, takleh bagitau elok-elok sikit ke. Ingat kitorang ni saje-saje ke masuk koc tu. Mane la nak perasan sticker tu malam-malam. Makcik tu harap je duduk dalam KOC WANITA. Bahasa macam haram jugak. Ikutkan hati mau je aku sound makcik tu. Aku siap terpikir nak sindir guna peribahasa lagi. Haram jadah tol. Buat sakit hati je.

Nasib baik aku tak ingat muka makcik tu. Kalau tak ko memang jadi target aku ar lain kali. Huh

2 comments:

ikabash said...

Tak story pun! Funneeyyhhh!!! Haha

pessa said...

ape yg funny nyeee???haha