Sunday, June 28, 2009

Selamat Ulang Bulan yang ke-14


Selamat Ulang Bulan yang ke-14 kepada kita


Macam pelik je bunyi wish ni. Pape je la.

Moga jodoh kita berpanjangan.


Amin =)

1 perjalanan

Hari khamis lepas aku selamat sampai di Kuala Lumpur. Aku sampai kat Puduraya pukul 11 malam setelah bertolak dari JB pukul 7 malam. Sampai je aku terus pi LRT, nak cepat sampai rumah sebab aku dah agak lapar la masa tu. Sampai je Pandan Indah aku roger Pokjak suruh die datang ambil aku. Baru je letak punggung kat seat kereta die terus ajak aku pi Downtown. Aku pun follow je la, yela orang dah susah payah datang ambik kte, takkan la nak tolak pulak. So, aku pun pi la downtown dengan perut berkeroncong. Pusing 1 round kitorang pun balik sebab barang yang nak dibeli takde saiz. Sampai je rumah aku salam mak aku, pastu terus masuk dapor cari nasik. Lapar gila beb.

Ok, berbalik kepada cerita asal. Kedatangan aku ke JB adalah untuk menolong adinda tersayang membuat satu projek untuk sekolah ibunya. Projek Solar Car peringkat sekolah. Aku sampai JB hari ahad lepas. Sampai2 je kat sana, Aqil datang ambik aku dan kami pon terus pi UTM. Kitorang buat projek tu kat sana. Mula2 sampai tu segan la jugak sebab tak biasa sangat dengan ibu dan ayah Ika. Buat hati kering je la, gelak sama2 sume. Alhamdulillah la keesokannya aku dah rasa familiar dah dengan family die. Ok la, nak buat kerja pun senang sket. 3 malam gak aku tidur kat rumah Aqil. Agak segan la jugak dengan family die memandangkan aku pun datang dengan seluar koyak kt lutut dan rambut agak serabai.

Kitorang buat kereta tu hari Isnin ke hari Selasa. Race hari rabu tapi kene tunda ke hari Khamis sebab hari rabu hujan. Memang best la sebab aku ley spend masa dengan Ika dari pagi sampai malam. Gelak sama2, makan sama2. Hehe. Auntie Mala pun sporting je dengan aku. Alhamdulillah la. Makan semua ditanggung beres. Thanx to Auntie Mala. =)

Hari Khamis budak2 sekolah tu race kereta dan dapat 2nd place. Not bad la sebab ni first time budak2 tu masuk and kitorang buat sendiri kereta tu. Tak macam sekolah yang menang, dengar cerite depa upah orang untuk buat kereta tu. Taktau la betul ke tak. Petang tu aku spend masa kat rumah Ika sementara nak tunggu tiket bas pukul 6.30 petang.

Kesimpulannya, aku seronok jugak la dapat spend masa kt sana mase cuti ni. Thanx to sayang sebab bg sy peluang ini. =)

Happy Birthday



Selamat hari jadi,

Selamat hari jadi,

Selamat Haaari Jadiii Auntie Normala dan Alia Nabila~~




Selamat Haaariii Jadiiiiiiiiii~~


(ini version tulisan untuk nyanyian Hari Jadi, harap maklum ye)

Dari Pessa.

Semoga murah rezeki dan selamat di dunia dan akhirat. Amin

macam-macam

Haaah. Akhirnya boleh jugak aku online kejap. Modem kat rumah ni buat hal la plak. Macam-macam cara aku guna nak betulkan balik modem ni, last-last aku panggil member aku je. Member aku yang bernama Zaim ni amek course telecomunication, so amat sesuai la aku panggil die. Pung pang pung pang dapat la aku online. Terima kasih kepada Zaim.

Aku bangun pagi hari ni, memandangkan ada kerja sket yang nak dilakukan. Pukul 11 lebih tadi aku pi kedai henset nak hantar henset aku masuk 'klinik'. Semenjak henset aku ni sakit, henset aku bertambah 'intelligence'. Kalau ada orang call, die tolong answer, kalo ade orang message die tolong reply. Naik pening kepala aku. Takpe la, semoga ko cepat sembuh wahai henset, kalo tak memang aku pakai public phone je pasni. Lepas hantar henset pi 'klinik', aku pi bengkel motor. Pi servis apa yang patut. Aku tukar tayar belakang motor selepas mendapat perkenan dari ayahanda. So lepas ni InsyaAllah tayar motor aku takkan buat hal lagi. Amin.

Malam tadi pulak aku pi hantar abah pi Hentian Putra. Kitorang lalu la dekat dengan Memorial Tunku Abd Rahman. Tiba-tiba ada 3 ekor anjing datang dekat dengan kereta. Siap keliling kereta lak tu. Bengong betul. Abah pun stop kereta kat tengah jalan, depa datang lagi dekat la pulak. Siap menyalak kuat gila. Sial punya anjing. Abah pun drive tapi buat acah-acah macam nak langgar anjing-anjing tu. Tau pun anjing2 ni nak lari. Tapi depa kejar balik kereta kami, ada la dalam 50 meter depa kejar pastu terus berhenti. Anjing2 tu pancit kot. Haha. Jalan punya jalan kitorang terjumpa lagi sekumpulan anjing ade la dalam 7 ekor. Tapi geng yang ni rilek je, dok bersantai tepi jalan, jenis tak kacau orang punye. Nasib baik la. Kalo tak aku rasa ade gak anjing yang mati kene langgar malam tadi.

Fuh, selamat aku tak naik motor lalu jalan tu. Kalo tak mesti aku kene gigit malam tadi pastu hari ni kene tahan kat hospital sebab kene penyakit anjing gila. Haha



p/s: untuk adinda tersayang, kanda harap agar adinda cepat kebah dari sakit. Jangan lupa makan ubat ya. Tidur kena cukup. Moga cepat sihat. Amin

Thursday, June 25, 2009

day 6: for you to read when you reached home. kirim salam mama.

i had so much fun with you. 5 days had made me realize that i so cant wait to spend the rest of my life with you. i love you! (post perlu ditapis kejiwangan nya sikit, akibat ahli keluarga yang kuat membahan.) kalau boleh nak panjang lagi! hahah.


oleh itu, saya dengan ikhlas nya mendedicatekan lagu i wanna grow old with you by adam sandler. google up la sendiri ok? haha. pasal tak jumpa la.


dengan lirik lebih syahdu, westlife juga dengan tajuk lagu yang sama, i wanna grow old with you. tengok sambil tengok lirik sambil pegang lighter high up in the air and move it sideways ok? hikhik.


oh, and im sorry i culdn take you to the lake, it was raining and all. boleh tengok dari jauh je.






p/s: sorry tak bagi tengok ika type ape and tak bagi online walaupun ofis ayah ade internet yang laju gilababas, segan la. segan rupanya berblog depan kekasih. haha.

Wednesday, June 24, 2009

straighten up.

the plan.

thursday,
pesa will going back home today after whole 5 days in skudai. missing him already padahal dah jumpa siang malam.

friday,
paksu and the family are coming! tak sabar nak jumpe arip! :) malam tu, tengok transformers. do u know how hard it is the get the tickets? rabu punye full booked! paksu booked online. semua orang nak tengok kehebatan transformers nampaknya. paksu suruh pesa stay for the movie, but he culdn. paksu booked je extra in case he changes his mind.

saturday,
packing for batu pahat and cleaning the house.

sunday,
shopping for batu pahat. hopefully.



p/s: pesa is outside at the mo' with ayah and abg azrin check voltage solar panel. im soo lazy i chose blogging over helping. :P. curi tulang.

Tuesday, June 23, 2009

day 4: everything seems easy when u are near.





budak sekolah yang amek. candid. tak perasan pun ada gambar ni sampai la kat rumah. gambar kacau bilau. gambar-gambar ni raw lagi, malas nak touch up- touch up. agak kalau klik memang besar la. semua ni sincere. bahahaha. day four kat aarg. pesa came down to jb to help. we kept arguing, ibu watched, and people around might think we are not together at all. haha.

people, people..


arguing keep things spiceyhh!



p/s: i should have posted on the car's progress and what have i learned. but later la, im just too lazy and too tired to babble. off watching the simpsons. guess i can imitate homer now.

Friday, June 19, 2009

day 2 : learning.

penat. penat. penat. kalau boleh nak ulang kali banyak- banyak, sampai orang tension, sampai kene lepuk.

9.00 am. ibu called. "ika bangun eh, siap- siap. nanti ibu amek."

"alaaaa... ika baru nak tido bu.. ika dah cakap dorang not to call before 12."

"siap je la cepat. pukul 10 ibu amek."

tido balik. memang angin la kalau orang kacau tido ni. setengah jam lepas tu baru bangun betul- betul, mandi dan sebagainya. sampai bengkel aarg, muka smemeh, otak separuh sedar.

"ngantok ke kak?"

"hmm.. kan dah cakap lepas pukul 12. aku tengok simpsons mau tido kol 4."

"solar panel dah sampai. 2 set. buat satu 12 volt, satu 6 volt. macam kita bincang semalam. ok? ika, guide dorang." abang azrin memerintah.

"12 volt buat in series, 6 volt in parallel. pastuh kita test kat luar. cepat siket, sementara matahari betul- betul atas kepala ni. "

leceh betul pagi dah kene menelaah. tak suka betul buat bende last minute ni. race nya rabu depan, habuk pun tarak. tiba- tiba pagi tadi diperintah buat dua kereta. satu tu buat back up konon nya. kereta dia, model scale je. masalahnya, dengan budak sekolah. diorang ade curfew, tak boleh balik lewat. kalau dengan kawan se-uni, mau malam ni jugak ika siapkan.

ika nekad, nak mintak tolong aqil, observe satu lagi kereta. mana boleh ika handle dua- dua. esok ada wedding lagi. bapak la. ika pun bukan genius-mius sangat. kebetulan pulak, mak aqil pun cikgu sekolah budak- budak ni ha.

"kakak, ibu call" ira jerit.

"put her on loudspeaker."

"ape bu? ika tengah solder ni."

"aqil segan. dia cakap ajak pesa join sekali, baru dia join. pesa boleh tido rumah dia. aunty nani kate ok."

"hahaha. banyak la pulak duet pesa nak datang sini bu. suruh je la dia datang bu, budak- budak sekolah je."

"entah la, try la tanya pesa dulu boleh ke tak."

"mm, ok bu.."

one whole day ni, solar panel works. motor pusing. motor kitorang rembat hard drive punye. dia boleh bawak load kete dengan solar panel atau tak? tu tatau. sebab tak test lagi. sebab dah penat gila. wayar selirat2 lagi, patutnya ikut schedule hari ni dah boleh test drive atas chassis. tapi tak sempat. esok kena pulun. dan bangun pagi! aaaaaaaaa.

tengok budak- budak ni pun dah naik semangat, nak tau pasal torsion la, friction la. muka- muka yang eager tu la yang jadi pemangkin. kene bukak buku elektrik pun tak kisah. kongsi- kongsi ilmu kan? seronok. hehe. kang la ika sambung cerita lagi. nak balas tido, gamba pun ade, kang ika upload.

toodles! nite!

Thursday, June 18, 2009

now a global threat

there wouldn't be a swine flu
if we treated the pigs better!

jim carrey
mtv movie awards 2009


Wednesday, June 17, 2009

kiss me thru the phone

i was at a T-junction. traffic light turned red. i did the schematic stop. clutch, brake, go neutral, pull handbrake. the stop took more than a minute. i started to loosen up. i inserted butterfinger's kembali cd into the cd player, and quickly fast forward to my song. i laid back.

the sun was rising. it was only 8 in the morning. the sun was in my eyes. bet i'll look hotter with a big shades on-- and driving alone. ha-ha. my mind was only occupied with one thing. to get there as soon as possible. as smooth as possible.

a brown iswara slowly came, and stop next to me. as i watched at the rear view mirror. drastic move, i turned to my left, and to my surprise-- it was an old man. my heart skipped a beat. he was half bald, pretty dark, and short--because i can only see his head from his driver's window.


eeeeeeeeeeeewwwwww. he winked. he smooched the air. and said hi. geli mat.


i pray hard for the traffic light to turn green anytime sooner before i vomit.


traffic light turned green. alhamdulillah. i was so wanted to get away from the weird situation. clutch, gear, handbrake down. i pressed the go pedal as i yelled "go!" . but the car wont move. instead it gave out a loud noise as if it was mad at me.

i panicked. that pakcik made his move. he turned right and gave me a wide smile. he prolly was feeling all proud and thought to himself, "budak ni, baru aku kiss sikit dah takleh drive." waaaaaaa.

okay, dont panic. i told myself. i was trying hard to memorize, i did all the schematic steps all over. the car still didnt move. it was still mad.

i had pesa on loudspeaker. i was almost crying, and yelling and cursing all at the same time. pesa was worried and about to laugh too.

pesa told me to calm down. and helped me memorize. "handbrake dah turun?". "dah!". "lepas clutch tekan minyak?". "dah!". "gear dah masuk?". "daaahhh...beluummm. hehe". i could hear pesa was laughing sooo hard at the other end.


cett. how did i forgot to--. nevermind. it happened already. "okay, thank you. jangan letak tau. teman ik--". he hung up. geez. kurang asam. jumpa kang nak marah- marah. hahaha. padan muka.


met pesa. shivering. and i squeezed his hands as hard as i could.

Satu malam

Malam tadi aku keluar hurray2 dengan member baek aku. Kami pi downtown Bandar Tun Razak. Malangnye bilangan gerai yang ade berkurangan sikit dari kebiasaan. Pusing punye pusing aku tengok kedai bundle yang biase aku pi takde plak malam tadi. Aku baru nak tunjuk kt membe aku kedai tu sebab kedai tu barangnya ok2 gak. nice. Aku berdua je dengan member aku malam td, member2 laen sume xley keluar, ape sebab ntah. Dalam setengah jam pastu kitorang pun pi melepak kt gerai berdekatan. Member aku dapat angkat sehelai jeans codroy. Betul ke aku eja ni, mampus la. haha.

Lepak dalam sejam kat kedai tu pastu kitorang teruskan perjalanan dengan ronda2 di kawasan sekitar. Mana la tau kalo dapat pemandangan indah ke, beruntung la badan. Hasilnya satu pemandangan indah pun kitorang x dapat. Buat abis duit minyak je. So, kitorang decide untuk naik Bukit Permai. Lame dah aku x datang cni. Last skali aku datang pun maybe tahun lepas kot. Bukit ni terkenal jugak sebagai kawasan2 pasangan untuk 'merendek'. Tak senonoh betul depa ni, dh la kat tepi jalan.

Kitorang mendaki bukit ni dengan menaiki proton Iswara tahun 90 bape ntah, plat TS. Gile old skool. Membe aku hampir2 suruh aku turun kereta, die takut kereta die x larat nak naik bukit kalo aku ade. cis. Ingat aku berat sangat ke. Dah sampai kat atas kitorang stop kt satu port yang ok gak. Ade ruang untuk park kereta. Ok la tu, xyah jalan jauh nk ke tepi tebing bukit. Aku duduk amik2 gambar sket, borak2 sket, usha2 orang sket. Tetibe ade orang call, rupenye awek kesayangan. heheh. Layan jiwang atas bukit jap pastu kitorang balik. Lagipun aku lapar mase tu, makan laksa je sebelum keluar. Mane ley kenyang makan laksa je. Sampai je rumah, aku terus masuk dapur, amik nasi, amek ayam seketul, amek sambal goreng. Makan kenyang2. Kesudahannya, aku kenyang. Alhamdulillah!


kamera kurang memuaskan



Tuesday, June 16, 2009

because i dont like to exaggerate.

"how did you do?"


"pass."


"what kind of pass?"
"pass with distinction? pass with excellence?"


"just simple plain pass."

Sunday, June 14, 2009

Monolog

Hidup aku sekarang aku rasa agak terumbang-ambing. Asyik makan tido je, ajar adik aku pelajaran sikit, tengok tv, online, membesarkan perut serta menambahkan lemak. Aku rasa aku sekarang ni dh macam tergolong dalam anak burung gergasi yang tunggu disuapkan makanan je. Kalau aku ni dianggap sebagai anak burung, agak-agaknya semua aspek fizikal aku dah lengkap, siap boleh terbang lagi. Tapi aku still mengangakan mulut menunggu habuan dari kedua orang tuaku. Ape la nak jadi dengan aku ni.

Tapi kadang-kadang aku suka dengan cara hidup begini. Tak menyusahkan aku, masih boleh bersenang-lenang goyang kaki di rumah. Tapi perasaan bersalah still menyelubungi aku. Aku harap agar aku dapat memberikan yang terbaik kepada kedua orang tuaku apabila aku sudah bekerja nanti. Aku mahu menjadi anak yang mengenang jasa, tidak derhaka walaupun aku kadang-kadang menipu, dan menjadi anak yang soleh. Aku mohon agar diberi kekuatan untuk menghadapi semua qada' dan qadar yang telah ditentukan-Nya.

InsyaAllah
sucks, when you are missing me,
and there's not much i can do,

Saturday, June 13, 2009

menyusuri kenangan lalu

bangunan2 lama masih berdiri teguh di bandar Kuala Krai ini


stesen kereta api Kuala Krai, menjadi nadi penghubung kepada
masyarakat yang berada di pedalaman Kelantan



pagi pertama aku berada di kampung aku terus bergegas ke pekan kecil ini. kira2 pkl 7 pg. melihat pekan yg dh lame aku tinggalkan. dh lame aku x berjalan di pekan ni. mase zaman bdk2 dulu, aku bese dok pusing2 pekan ni. kitorang ade shortcut nk pi ke pekan ni. dari umah atok aku, aku jalan dan jumpe masjid, pastu lalu ikot kubur then tembus belakang balai bomba, pastu jalan dalam 30 langkah jumpa la jalan ni. membe best mase kecik2 dulu. mcm2 permainan aku maen. mandi sungai belakang umah atok aku je aku x penah sbb sungai tu dh jd cetek. xtau la nape.

kalo pagi2 kt cni memang berkabus gile. rase mcm dok fraser hill je. tp kalo tgh ari memang panas gk ar, dh x macam fraser hill. rase mcm kt kl pon ade gk. aku rindu dgn persekitaran kampung yg selesa, nyaman dan menenangkan hati aku..fuh..dok kl skang ni aku rase mcm haram je. asyik panas je. naseb baek la semenjak smlm asyik ujan je petang2.layan gk tdo petang.ley mengisi mase lapang aku..heh..

isnin ni aku nk pi bangunan MARA, follow member aku.katanye nk melihat prospek pekerjaan. aku follow aje. ley usha2 orang kolumpo ni. cuci2 mate sket, kalo ade rezeki ley belikan brg sket utk awek tersayang.hehe

binatang ajaib

sekembalinya aku dari kampung kelmarin, aku bawak pulang sesuatu bende yang ajaib..bende ni aku dh cte kt ika tp cite samar2 je..nk kasi die terkejot..haha..binatang ni comel dan berwarna gangsa..datang dari zaman gladiator kt Rom dulu..tgk la gamba di bwah ni puas2 ye..

p/s: jgn mrh sy ye ika..hehe

comel x itik ni?..haha

Monday, June 8, 2009

uuh~

aaaaaaaaaaaa...
i cant take it anymoreeeeeeeeee
we cant connect through internet.
nor the phone.

80% of my conversations were about you.
if i didn't start it, i'll make someone start it.



cant wait.
im getting malas and malas-er without u around.


and im turning round.

Friday, June 5, 2009

hurry up!


found this in ibu's laptop. it was last semester at my college. from this angle, it could be ayah who snapped it. =)



missing you. get back to ampang. well, it doesnt make any difference. but its closer to johore!


p/s: i love you.

Thursday, June 4, 2009

in her shoes.

mudahnya terbuai dalam dunia lain bila berseorangan. mudahnya pita-pita kehidupan yang dah berlalu datang bermain dalam minda. mudahnya bermuhasabah diri, kemudian tidak membuat apa- apa.

dia telan dalam- dalam. bagai tersekat sesuatu di kerongkongnya. matahari itu ditatap lama- lama seperti sebentar lagi ia akan cair. bukan sekali dia dengar kata- kata begitu tentangnya. enak sekali tuduhan sebegitu datang berkali-kali di hujung telinga nya. ditelan sekali lagi. pahit sungguh. truth hurts. dia akui pernyataan itu.

dia sedar puncanya adalah dirinya sendiri. dia akui dia juga bersalah. dia akui segala akibatnya terpaksa dia tanggung sendiri. beberapa kali dia telah tersilap langkah. nyata masa silam tidak tinggal di masa silam, ia tetap datang menjenguk sekali sekala, meninggalkan kesan. tuhan juga masih sayangkannya. dia akui itu juga. tuhan sayang aku. getus hatinya. barangkali itu sebabnya aku dikurniakan ujian. kurnia. bagaikan mendapat rahmat. dia mensyukuri kurniaanNya jauh di sudut hatinya, keluarganya is practically in a sinking ship. penyakit datang bertalu- talu. kadang- kadang mahu sahaja dia keluar dan menjerit "enough is enough". cukup la dengan yang diterima. tak perlu menyumbang lagi dengan mulut- mulut busuk orang. "if you cant say anything nice, say nothing at all". kata-kata ayahnya bagaikan pita kaset yang diletakkan pada punat repeat. tapi dia sedar. mulut orang, siapa sahaja yang boleh hentikan?

impiannya mudah. mahu escape. cintanya sering kali terkandas di tengah jalan. dia sendiri mempersoalkannya. mengapa? mungkin dia takut untuk gelaran komitmen yang bakal dikendungnya. mungkin juga soulmate nya belum tiba. jika diberi pilihan, dia tidak mahu kehidupan sebegini. menyakitkan. sangat. bukan dia tidak bersyukur, bukan dia tidak cinta. dia benar- benar akui bila dia bercinta, dia bersungguh bercinta. sungguh- sungguh. jikalau ada lagi perkataan yang dapat dia tambahkan selepas sungguh, akan dia lakukan.

sukar untuk dia terima kesilapannya akan menjadi portfolio khayalan yang perlu dibawa kemana- mana, yang berada dalam top list untuk orang hakimi. dia mengambil keputusan untuk diam dan terima sahaja bulat- bulat. mulut orang. bila penat nanti berhentilah. hidup perlu diteruskan. jika bukan untuk diri sendiri, untuk ibu tersayang.

dia tidak pernah suka terlalu mengharap, dikhuatiri dia sendiri yang akan terluka. dia tidak mengharap cintanya seindah, setinggi seperti Khadijah dan Nabi Muhammad saw. cukup sekadar seperti cintanya tri pada fynn, seperti cintanya aidil pada eli, seperti cintanya atuk pada nenek.


dia sedar dia silap. dia sedar dia juga tidak sempurna. mengapa mengimpikan yang sempurna? dia tahu kesabarannya itu akan berbalas. insyaAllah.