Saturday, November 29, 2008

7monthsary

happy 7monthsary! =)
as for the gift, im giving u this award. recycled one lah. haha. pemalas gile nak edit post sebelum ni.. i just had to upload twice ek? hahah. i love you so much and i cant wait to see you. =) distance makes the hearts grow fonder. =) doa2 lah, mudah2an penantian ni berbaloi.



XOXO,
wishes and hopes to be your rightful yang bercop 'halal'. haha.
btw, congrats on the award. =P

Thursday, November 27, 2008

another award.


thanx izzy for the award! =) i love you too..

Saturday, November 22, 2008

~holiday

memandangkan cuti semester sudah bermula, ini bermakna saya tidak akan meng'online'kan diri selama sebulan kot...ini kerana saya berada di kampung halaman sepanjang cuti semester ini...ini je kot yang diperkatakan ...haha...

harap maaf jika tersalah kata ...



p/s:i will miss u for the whole semester break... =(

Saturday, November 15, 2008

tagged by IKA =)

1)Do you think you're hot?
tidak sama sekali...macho sahaja kot..hahah

2)Upload your favourite picture of you!
sila lihat gambar yang tertera di sebelah ye

3)Why do you like that picture?
kerana nilai estestika yang terkandung di dalamnya..

4)When was the last time you ate pizza?
x ingat la..last time dgn family kot..

5)The last song you listened to?
hmm,x ingat...saya ni mudah hilang ingatan...

6)What are you doing right now besides this?
melihat hint final exam..

7)What name would you prefer besides yours?
i like my name starting with 'che'..ade la mcm che guevara sket kn..haha

People i tag
1) IKA
2) zaki kecik
3) ira kecik
4) sesiapa sahaja yang membaca post ini..haha

8)Who is number 1?
buah hati saya...tp dh xley nk tag die blk...haihh

9)Number 3 is having a relationship with?
i dunno...utk tau lebih lanjut sila tanya buah hati saya ye

10)Say something about number 5?
ade eh?...

11)How about number 4?
depend on the person who read this blog...i dunno..heh

12)Who is number 2?
my roomate, my housemate-to-be-,rakan se-rider...btol ke aku eja ni?..haha

new banner

im soooooo bored with my banner that i've decided to change it. photoshopping! i've came out with these. which 1 u like best? =) unfortunately i dont like any of these. hmm. lepas exam kang la. haihh. tak nyempat2. tapi kene tukar gak banner. naik bosan dah tengok! gosh. i've drained my energy. time to hit the bed and recharge. look at the time!

option 1


option 2


friendster pulak buat masalah, lepas seharian takleh buka semalam sebab "regular checkup" dorang, ade dorang delete plak kawan2 yang dalam friendlist tuh. dari ade over 500 sekarang tinggal 41 je. haihh. masalah la friendster ni, hari tu dia pi delete separuh komen ika, elok2 ade beribu tinggal ratusan je. tak bagi pampasan plak tuh. haha. ika pun type komplen kepada team friendster tentang masalah ni, ika cakap la gak "re-collecting my ex-schoolmates back is not on my to do list". huh. marah ni.. ingat senang ke nak kontek2 member lame. tu la gune nye friendster. agak2 kalau dorg tak fix kan problem ni, cari balik kawan2 ika. ika nak delete la account friendster tuh. tak nak pakai dah. tu zaman2 sekolah punye keje. not necessary pon. kalau nak pon ika akan join facebook. rating highest plus banyak application. macam mature sket. hehe. dah ramai dah ajak bukak fb account tapi ika tamau banyak2 account. email ika pun 1 je dari form 2 dulu. watpe nak crowded kan cyberspace? ika bkan artis pun nak acc. banyak2. hmm.. =)


p/s: 1 more paper to go!!

Friday, November 14, 2008

tagged by anis (me cousin) =).

1)Do you think you're hot?
oih. bimbo gile. tak rase hot. menarik je kot. haha

2)Upload your favourite picture of you!


3)Why do you like that picture?
because i like the feeling i felt when the picture's taken. =) imma beachgirl!

4)When was the last time you ate pizza?
lame dah. masa cuti raya. dengan ibu ayah and adik2. duk hostel tak mampu la nak makan piza je. hoho

5)The last song you listened to?
heaven- estrella

6)What are you doing right now besides this?
reading up someone's blog.

7)What name would you prefer besides yours?
i love my name. but i dont mind an extra 'tengku' upfront. hehe.

People i tag
1) En faisal!
2) kak bai
3) zetty
4) izzy
5) tipsgoda. can eh?

8)Who is number 1?
Buah hati saya. =))

9)Number 3 is having a relationship with?
urm. hero dia la. ngn lambak lagi kot. hehe

10)Say something about number 5?
he got lots of tips on seducing? hehe

11)How about number 4?
cheerie cheerful girl. =)

12)Who is number 2?
my roomate! and my senpai. =)

Monday, November 10, 2008

cerita kematian siti.

satu misteri yang sepatutnye sudah lame terungkai. walaupun cerita ini sudah 4 hari usianya, bagaikan bertahun lamanya. berbagai spekulasi timbul di fikiran-fikiran orang-orang yang tiada kaitan nya dengan siti. apakah yang sebenarnya telah berlaku?

silap. silap jika difikirkan siti nurhaliza berada di bawah spotlight post ini. ceritanya bermula dengan siti sedang bersiar-siar menikmati indahnya hari, syukur hari tersebut tidak hujan. tidak semena-mena siti telah di attack. jatuh menggelupur di hadapan cik atikah yang sedang sibuk sidai baju. lantas cik atikah yang terkesima dengan kejadian yang baru berlaku menjerit memanggil cik alia yang sibuk membasuh baju. cik alia bergegas ke tempat kejadian. cik alia dan cik atikah datang dan mencangkung menghadap siti. siti diam membisu. cik alia dan cik atikah mula risau. cik alia menyentuh jemari siti yang telah terjatuh tertiarap itu, memberi bantuan. tiba-tiba siti menepis tangan cik alia dan membawa diri dari tempat insiden. tahulah cik berdua siti ok dan tidak mahukan bantuan. cik berdua meneruskan kerja basuhan yang memenatkan itu.

cik atikah dilihat sedang ber'friendster' setengah jam selepas kejadian tersebut. cik alia bertempik sambil bergegas mendapatkan cik atikah. di tangannya memegang gayung biru yang tidak diketahui kepunyaan siapa, dan di dalam nye terkulai siti dengan badannya berlumuran darah. bahagian kiri perutnya bagai ditoreh, memperlihatkan sedikit ususnya. cik atikah mula panik dan menyuruh cik alia meletaknya dengan perlahan. siti kelihatan sangat tenat. dadanya turun naik dengan pantas menyedut oksigen bagaikan berada dalam bilik kedap udara. cik berdua cube baringkan siti, supaya lukanya dapat dilihat dan mungkin bisa diubati. namun siti berkeras untuk terus meniarap. cik alia cuba lagi mengubah posisi siti, namun cik atikah tidak sanggup melihat siti dalam kesakitan dan menyuruh cik alia untuk biarkan sahaja siti. cik bainu pula tidak sanggup melihat dari dekat kejadian tersebut dan hanya memerhati dari jauh sambil menunjukkan mimik muka yang sedih seperti mahu menangis. sayu. memang sayu menyaksikan keadaan siti ketika itu. diberi makan juga siti tidak mahu, apalagi ubat. kami biarkan saja siti tertiarap. cik atikah menyelimutkan siti yg kelihatan mula sejuk. kata-kata semangat diberikan kepada siti untuk terus bertahan. hendak dibawa berjumpa doktor, siti berkeras kata tidak perlu. mereka ikutkan sahaja kata siti. cik azura tidak mahu langsung melihat siti, kononnya siti ini persis burung layang-layang dan tidak perlukan layanan istimewa. cik azura meneruskan kerja menaip thesis nya.

badan siti yang berlumuran dengan darah

siti terkulai layu

cik alia pula terpaksa meninggalkan siti dengan cik atikah memandangkan beliau ada mesyuarat dengan saudagar-saudagar dari China. berbaloi kelas mandarin yang diambil, cik alia habis menjual kesemua batik-batik terengganunya. saudagar cina terperasan akan kejadian yang sedang berlaku dan terus berada di sisi siti memberikan semangat. tiba pula saudagar arab, sharifah laila atau nama komersilnya cik eli memberi kata perangsang kepada cik atikah dan cik alia supaya bersabar. diketahuinya masa siti sudah sampai dan tidak perlu lagi memberinya roti untuk mengalas perut. cik-cik dan saudagar-saudagar terdiam kesedihan, mengingatkan siti supaya tidak mencari mereka di akhirat kelak. cik atikah pula sudah menunjukkan tanda2 mahu menangis. sambil mendengar cik eli berhujah tentang spesis siti, jemari cik atikah mengusap-usap kepala siti. terasa dada nya berat turun naik untuk bernafas.

tiba-tiba dada siti statik. jemari cik atikah bagaikan kaku. kepala siti terbaring di atas lantai. cik atikah lantas berkata "korang, dia dah mati! sitiiiiiiiiiii!!!!!!!". cik eli menunjukkan kehairanan sambil berkata "dah mati baru nak kasi name..". panick was in the air. air muka masing-masing berubah melihatkan kematian yang baru berlaku di hadapan mereka. sesuatu yang baru. belum pernah mereka menyaksikan sesuatu dalam keadaan tenat dan mati di hadapan mereka. terkedu dan seperti dalam kebodohan mereka melihat sahaja siti yg terkulai diam. cik atikah menyuarakan pendapat untuk mengebumi kan siti. cik alia setuju. namun sampai ke petang siti tidak lagu dikebumikan, sehingga la tersiarnya episod pertama puaka niyang rapik di tv3, menjadikan masing-masing takut untuk keluar malam dan mengebumikan siti. hajat itu ditangguhkan sehingga esok. malangnya keesokan hari cik atikah terpaksa bertolak ke johor bahru atas urusan keluarga. nasib siti selepas itu tidak diketahui. persoalannya sekarang adakah benar siti itu betina?


siti

Friday, November 7, 2008

~Chinta~

kau hadir bila tiba waktunya
tidak diundang, tak jua dipinta
walau ku lari namun kau tetap datang jua
kerana mu cinta, tak mampu menahannya

aku terus mencuba untuk lari dari cinta
kerana perit terasa sengsara tanpa kata
kerana dusta

cinta,
kau luluhkan hati ini
membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba

oh cinta,
terasa bahagia
hanya menunggu saat dan tika

aku akan terus melangkah
walau tanpamu
oh cinta
aku yakin akan akhirnya
setia ceritera yang tiada akhirnya

cinta,
kau luluhkan hati ini
membuat segalanya indah
walau sesekali menjengah tiba

oh cinta,
terasa bahagia
hanya menungu saat dan tika

kerana cinta
terasa bahagia
cinta abadi
cinta pada-Nya
cinta satu, cinta selamanya


* oleh Loque-Chinta

p/s: 132...haha

Thursday, November 6, 2008

(tiada tajuk)

tune: lovebug by jonas brothers (bape kali ulang ntah)

salam. puas hari ni tidur balas study untuk maths eng.3 yang dah berakhir seksanya pagi tadi. alhamdulillah boleh la jawab semua. tapi jawapan tu tak pasti la betul ke tak. haha. exam hall sangat la sejuk, keluar2 sangat la panas. maka kepala pun jadi pening. bas balik ke hostel plak dah ghaib. kene la berjalan. tapi tak rase sangat sebab dengan kawan, yang semua nya mengomel tahap kepayahan kertas maths tadi. ika dengar je, tak larat nak berdebat di bawah matahari yang panas terik, dengan kepala pening dengan perut yang berbunyik. serius rase jauh sangat kolej dengan exam hall hari ni. tengok depan je terbayang bantal2 empuk ngn cicie yang tunggu kat katel. tak sabar nak pelok2. haha. rakusnye. takpe sekejap je ni, insyaAllah sem depan dah berkereta. =) en faisal mesej. nak jumpe. ajak makan same. lapar memang lapar tp tidur lagi penting. takot tertidur je atas nasi kang. buruk perangai betol.

ade la dekat 4jam lebeh tido tadi lepas zuhur. bangun dah nak maghrib kot. solat asar pastuh kak bai ajak makan luar. layankan. ni dah pening lain ni. tak makan lagi dari pagi. silap hari mau tumbang pastuh nyusahkan orang. nasi paprik tadi tak la sedap mane tapi licin, siap belacan pun ika belasah. en faisal dah menyuarakan kebimbangan beliau dengan banyak nye ika makan. kelmarin je 2 nasi goreng kampung dengan 10 cucuk satay. takot awek dia gemok kot. tapi kawan2 dengan family semua dah tau kelahapan ika. tak boleh di argue. bagi aje makan. tapi memang la, sem ni rasenye macam banyak je makan. okehh. ape sebenarnye motif post ni? nak ngomel hari ni buat ape ke? haha. keletihan basuh baju stok 2 mggu. pemalasnye anak dara ni. (pengakuan umum yang berani.)

berbalik kepada tujuan asal post ini ialah untuk appreciate boifren saya. (wawawa. malunyee!) =) satu sem ni kalau ika score, kebanyakkan nye adalah usaha dia jugak. so kalau dapat dekan lagi (jgn mimpi la.) hadiah tu saya nak bagi kat dia. hehe =) lab reports dia tolong buat, maths dia tolong ajar, mau ari2 gak bertekak/bergaduh pasal teori. cewah. couple intelects. haha. makan minum ika pun dia jage, tapi budget makan ika lebeh sket la, tak jage pun takpe. survive punye. but he made sure i eat. =) ika tak penah ditinggalkan sorang2 sem nih. kawan2 yang ika selalu lepak dulu pon bising sebab dah tak cari dorg kalau bosan. haha. kalau dia tak boleh teman pun en faisal akan call. lambat reply msg pun dia naik risau dan akan call dan tanye "nape tak reply?". =)

en faisal juge akan bacekan ayat kursi over the phone sebelum ika melelapkan mata. =) biasanye bile 'bendera merah naik'. hehe. bahagianye. macam semalam je ika tension tak boleh tidur padahal dah pukul 2 pagi. exam pukul 9 pagi. en faisal suroh tenangkan diri dan berselawat. tapi dah dekat setengah jam jiwa maseh meracau. biasela, saya mang cepat panik. tambahan pula surrounding yang tiada galakan untuk tidur langsung. terus saya call dia, nangis2. nak call ibu plak dah jauh malam. saya pun mengadu, tapi comm breakdown sebab most of the time, he cudn hear me. saya jauhkan suara elakkan dari menangis betol2. dia ingatkan saya untuk ambil wudhu' dan buat solat hajat. at the end of the conversation, sedu cant hold back. nangis. en faisal pon tanye "ika nangis ke?". dah tau tanye lagi. sepak laju-laju kang.

kenape ika type post jiwang ni? ingat dia sorg je ke ade boifren? terbace satu post dari blog seorang kawan punye kawan. seorang isteri yang ditinggalkan suami di malaysia kerana suami dia sambung belajar di Arafah. dah la tengah sarat mengandung, seksanye hanya Allah yang tahu. post dia pasal ym conversation bersama suami dia sangat mengharukan. ika menangis dalam ketawa. cerita a total stranger yang takde kaitan pun yang sangat menyentuh hati. jauhnye suami dia untuk dia manje2, ngade2, nak mengadu sakit kepala ke, senggugut ke. jauh dah nak cerita lawak bodoh. jauh dah nak cakap hari2 isteri dia nampak lawa hari ni. =( tabah nye perempuan tu. sem depan en faisal berjauhan dengan ika, ade la 5minutes drive jauh nye (jauh gak la!). bersyukur lagi sebab en faisal bukannye kat Arafah, boleh jumpe lagi dan berdebat! (lakonan semata-mata)

smemehnye lahai,



p/s: 2 down 2 to go!