Sunday, March 29, 2009

Happy 11-monthsary...




Happy 11-monthsary to u...

moga hubungan kita ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat... =)

Saturday, March 28, 2009

im back...


B
eberapa hari lepas, saya telah mengalami demam, batuk, selsema dan juga sakit tekak. ini adalah kerana cuaca Parit Raja yang tidak menentu selama beberapa minggu kebelakangan ini. sekejap hujan, sekejap panas. sehinggakan hendak pergi ke kelas pun jadi malas.heheh

alhamdulillah saya sudah kebah dari demam namun batuk semakin menjadi-jadi. tambahan pula dengan cara pemakanan yang tidak betul iaitu makan makanan yang berminyak. kesannya, batuk saya semakin teruk dan dijangkakan ia akan berlarutan ke minggu hadapan. nampaknya, tidur-tidur saya selepas ini tidak akan nyenyak lagi dan mungkin rakan sebilik saya turut akan merasai kesannya. maaf dipinta terlebih dahulu.

hari ini masa saya dihabiskan dengan membawa kekasih saya iaitu saudari Atikah Basyirah keluar dari sarangnya. Beliau berasa sungguh teruja dengan berita ini sehinggakan beliau hampir2 mahu melompat meraikannya. lagaknya seperti seseorang yang memegang cek sebanyak RM2xxx.xx sahaja. namun saya biarkan sahaja beliau. harap-harap beliau akan terbawa-bawa dengan berita ini sehingga ke alam mimpinya.hehe

hajat ke panggung wayang adalah untuk menonton 'Confession of Shopaholic', namun ia tidak diteruskan kerana kelambatan panggung2 wayang yang ada di sini untuk meng'updatekan' list2 movie di tayangan sekarang. jadi kami pun menonton la 'KNOWING' yang dibintangi oleh Nicholas Cage. cerita ini memang berasaskan nombor2 ramalan yang akan membawa malapetaka kepada manusia sejagat. ok la cte. boleh bagi 3 bintang setengah sahaja.haha

setelah itu kami pulang dan saya telah membekalkan beliau dengan sebungkus goreng pisang beserta dengan air kelapa agar beliau boleh makan di kala lapar bersama rakan sebilik beliau.sy pun makan goreng pisang tu, sebab tu la batuk makin teruk mlm ni.haiyaaa

dh la,merapu je post ni...bye-bye


p/s: doakan supaya saya cepat sehat ye....

birthday prezzies.

ini adalah adiah yang diterime sebelum dan semasa besday. mekaseyyyyyy.

crocs dr ibu. =)

sweater merah dr pesa. =)

fani dari nad n ayob. =) beso muke aku tapak kaki dia. hoho. u sweetest thing! nad letak fani atas katil mase ika tade dalam blek. when i got back from class. fani was there!



p/s: makanya usah ditanya lagi ape yang gue dapatin ketika ulang thn.

Friday, March 27, 2009

we're on the news!



click to enlarge. or go to www.uthm.edu.my/

Thursday, March 26, 2009

Happy Birthday Sayang...




Selamat Hari Jadi kepada insan yang amat-amat disayangi


Atikah Basyirah bt Abdul Muta'ali...


moga dimurahkan rezeki serta panjang umur..Amin... =)



Saturday, March 21, 2009

uthm hebat.

dua minggu lepas adalah antara dua minggu tersibuk. sebab tu la tak sempat nak update blog ni. 27 feb sampai 1 mac hari tu ika berada kat uia. wakil uni untuk ivec 2009. sebelum tu pon sibuk buat paperwork untuk ivec ni. ni kira post tertangguh, berhabuk dan dah busuk la. haha. tapi nak jugak cerita atas permintaan ramai ngan nak tayang gamba2 best. haha.

ok here goes. ivec stands for inter-varsity engineering challenge. semua uni akan hantar wakil kat uia kat gombak sana tuh untuk tunjuk kehebatan engineering masing- masing. haha. max 2 teams for each university. uthm pun hantar jugak 2 teams, team A and team B. ika dalam team A. kitorg bertolak dari kolej tun fatimah lepas zuhur hari jumaat. luckily, ada 1 van uthm leh hantar kitorg pergi uia. kalo tak, nek bas la jawab nye.

in the van, otw to uia. luqman tdo je keje.

we reached uia around 5 something. terus check in and register. since i was the one responsible all the way, it was a pretty hectic registration for me. rearrange team members some more. the best part is the goodies! we each got a tshirt, bag, stationeries and complimentary kueh! heheh. then we were sent off to our hostels and were told to get ready before 8pm for the grand dinner and opening ceremony. the dinner was pretty awesome too. kitorg di assigned kan table lain- lain. so kena mix up ngan uni lain la. ok la, dapat kenal- kenal kan. nak tau tak, setiap team akan dapat sorg penjaga dari uia. best la, teman pegi toilet, pegi makan, kejut bangun lagi. haishh. uthm dapat kak lis ngn kak umi. mase last day tu ika ckp ngn kak lis nak bwk kak lis balik, sebab ade orang jage makan minum ika, kejut ika bgn pagi. kak lis gelak je. pdahal orang serius ni.

the girls at dinner

the boys at dinner

the fam.

the next day, the real game begins. lepas briefing kejap, kitorg dipecahkan ikut team masing- masing. (dah tak ikut uni dah). dikuarantinkan dalam bilik dan diberi satu task oleh motorola untuk overcome satu problem. lepas tu kitorg kene present depan representative from motorola for only 5 minutes. maknanya, kene padat dan tepat la presentation tuh. unlucky me, my team mates picked me to do the presentation. i managed to complete the whole presentation and my team mates come to the rescue bila tiba saat soal jawab. fuh. sekejap sangat. team lain punya la lame dalam conference room. kitorg less than 10 minutes dah keluar. cam dah tade harapan je ni. after lunch, task kedua tuk 1st stage plak. ni individu. bapak la susah task dia. rase macam nak nangis je buat. tapi habiskan je tiga jam tuh. buat sehabis baik. after maghrib, 3rd task for 1st stage. theory exam. individu gak. ya Rabbi. susah nak mampus. sejam je untuk 60 soalan. pastuh baru tahu soalan ni group of engineers yang buat. mak ai. mana yang ingat tu jawab la. markah individu ni nanti compile ngn team member lain tuk markah group. kalau tak dapat masuk next stage ni salah ika la. hahah. habis 1st stage, uia buat ice-breaking activity, kasi ilang tension. wokey la. ade la ilang sket tension. tapi takut juga fikirkan esok dapat lepas masuk stage 2 ke tak. ke kene balik awal. hoho.

tiru gaya wan. letih wo.

ika ngn faz. gile smemeh muke. tak tahan. haha

uthm team ngan kak lis, kak umi ngn pr dari uia (far right) lepas ice-breaking.

the next, next day. sebelum pengumuman team manakah yang berjaya masuk 2nd stage. kitorg dihidangkan breakfast di architecture nye building. semak ah tempat dia. makan pun sedap- sedap je. haha. orang lain sibuk risau pasal result, kitorg dah sibuk bergamba kat architecture nye building sebab dah agak kalah dah ni. ambik2 gamba buat kenangan sebelum balik. mana tak nya, rivals kitorg, utm, utp, uniten, mmu, inti, tak macam cuak pulak. semua uni gergasi bertaraf antarabangsa. kitorg plak baru je naik taraf universiti. ika siap cakap kat lin, "kita tak dapat punya la,jom pack2 barang. kalau dapat aku pengsan kat sini (dlm dewan)". sekali deputy dean uia announced "third team to advance to 2nd stage, uthm A." tipu2!!!! ika takleh pengsan.
wewoooo. uthm dalam top 10 universities. =) along with utp, uniten yang gempak2 tu la of course.

kuliyyah of engineering

architecture building.

begamba di kuliyyah of architecture.

efek camera net. cool gile kan? =)

nampaknya kitorg kene berhempas pulas lagi untuk 2nd stage. invention. kitorg kene buat structure yang tahan load 5kg and able to transmit signal. elektrik ngan mekanikal bergabung! team B pulak dapat pi jalan2 round uia. dorg dapat ambik gamba kat tangga iklan sunsilk tuh. jelesnyeee! saje je dorg nak buat orang jeles. pastuh dorg stay by our side berikan seNGAmat dan ambik2 gamba bagai semua. lepas tuh, ade presentation lagi dengan invention testing. haihh. tensi2. team ika dapat withstand 4 kilo, bile kene 5 kilo, structure patah. kuciweeee.. skali lg, seNGAmat mati tuk proceed ke final stage. kitorg pun pegi la makan, mengubat kuciwe, uni lain dapat je tahan load 5 kilo, kitorg tak berjaya. takpe la, bukan rezeki.

team B bergamba kat tangga iklan sunsilk. jeles2!

announcement of third stage: " 3 universiti yang berjaya mara ke peringkat akhir ialah, UTHM, UNITEN, MMU." ika leh duk selamba lagi. sampai orang tegur, weh korg masuk final la. biar betik. (betik,betik.) ika toleh kanan, utp sedang kecewa. kitorg pun ingt dorg yang dapat masuk final. sebab macam sengit je saingan. tetibe ade orang datang jemput kitorg naik stage untuk grand kuiz. weh! ika tak stadi lagi weh! ika takot la naik stage! tade rehat tade ape, tros kene grand kuiz. gile nih. redah je la. kalah pun ni, dapat no.3. ok la, kitorg pun tak expect dapat lepas final stage pun.

habis je grand kuiz kitorg tie dengan uniten markah kuiz.mmu dah yakin no.1. kitorg pun tak tau macam mane dorg meleraikan masalah seri tu. tengok markah sebelum ni kot. ika pon konfiden dapat no.3 la ni. bila dia announce 3rd placing tuk hadiah, ika dah nak bangun. tapi dia sebut uniten. cam nak jerit kuat2 je dalam dewan tuh! uthm no. 2! aaaaaa! cam nak call pesa ngan ibu je masa tuh, tapi dah kena naik stage. hoho. alhamdulillah. betul la. things happened when you least expected. =)

prize giving ceremony. 2nd placing.

peminat mintak bergamba lagi. hoho.

team uthm bergamba ngan cek besau.

tapi menang no.2 ke tak, kitorg kene balik sendiri. uni kitorg dah kehabisan transport nak jemput kitorg. ngendong la beg yang berat tu balik. dengan redah hujan semua tuk sampai ke pudu. cek tipu besau yang kitorg dapat kitorg lipat elok2 simpan dalam beg. hamper- hamper yang dapat pun kitorg bagi kat kak lis ngan kak umi as a token of appreciation sebab jaga kitorg. nak bawak balik pun payah. nak naik bas bagai lagi. nak pegi pudu bawak hamper tu satu hal la. sori la kawan2 kat uthm, kitorg mula2 plan memang nak share hamper tuh, bukan rezeki korg la ye. =) . to conclude it all, it was definitely an experience. heee

makan kat kfc pudu. lapar gle.

separuh dari bagasi- bagasi untuk dibawa pulang ke bpahat.

reached bpahat around 1am. muke semua letih2.



p/s: sori kawan2 kat uia yang tak dpt berjumpe, sajeed, wanie, fadh. program packed la. deepest thanks to en taslim for driving us to uia, en hairul for the approval, everybody at hep. thanks to nizam and pessa for picking us up at terminal bpahat. thanks for your prayers and support. this is to you guys.

Friday, March 20, 2009

malaysia boleh.

tadi ika tengok buletin utama. (ya, saya tengok berita-- dan mendengar dengan khusyuk). alhamdulillah, buat pertama kali nya ika berjaya duduk menghadap berita selama sejam. satu bende yang buat ika tertarik untuk tulis kat blog ni adalah isu ppsmi. tadi ade video dato hishammudin ngn a. samad said bergurau senda. ok la tu kan.. mesra! bak kata bob.

ape kehe ngan isu ppsmi? ika tak la ikut sangat ngan isu- isu camni. ika redah je ar dengan ape yang kerajaan dah set kan walaupun tak puas hati. nak kata macam lalang tak jugak. cuma malas la nak campur hal politik, hal yang melibatkan setiap rakyat malaysia. cewah. bukan ape, orang sekarang ni cakap main bedal je. mana fakta mana auta pun tak reti beza. cakap tak berdasarkan fakta. lebih kurang dah macam jenis fitnah. haha. daripada memalukan diri sendiri dengan tak tahu menahu sangat akta dan undang- undang negara, lagi dengan tak ikut sangat perkembangan negara. lebih baik la senyap dan belajar. itu tanggungjawab.

sememang nya perhimpunan menentang ppsmi menimbulkan chaos sedikit sebanyak. polis- polis kene kerja overtime, dalam report kene buat budget lebih sikit bulan ni, nak beli gas pemedih mata, polis trafik kene buat road block, nak keluar highway awal- awal kang road block traffic jam pulak, kerajaan dah takut ade gaduh- gaduh, ade yang terpenyek, terpijak, termati, dan macam- macam ter lagi. yang berjiwa muda remaja, seNGAmat sibuk juga turun padang, yang kat universiti pun turun, ponteng kelas la, ponteng test la, kene beli seluar baru ni, sok nak pi istana, hairgel nak abes ni.

dari point of view ika, yang memang serba serbi tak tahu ppsmi tu ape sebelum ni, mahupun ika tahu adanya gabungan penulis- penulis malaysia. (thanks to hubungan etnik.) perhimpunan itu adalah satu method pembaziran. pembaziran dari segi masa, tenaga, wang, emosi dan seluar baru. ika tak la menyokong for what the ppsmi stands for. my english still sucks, begitu juga bahasa melayu ika. i just dont get it. why? kenapa lepas for how many years baru isu ni nak di telagahkan? kenapa tak masa mula- mula dr. mahathir kenalkan dulu. masa dia jadi menteri dulu? my goodness, berapa tahun dah tu? kenapa suddenly benda ni baru macam nak terhantuk kat kepala semua orang? kenapa lepas government dah belanjakan banyak duit untuk program ni? kenapa bila kita dah ambil satu langkah ke hadapan kita nak patah balik?

memang la ada beberapa kawasan luar bandar bahasa inggeris dorg tak berapa baik lagi. memang la nampak macam tak aci pulak, dah la tersisih kat kampung, kene belajar bahasa inggeris plak. kene paksa plak tuh kan. susah la dorg nak dapat ape yang dipelajari, nak faham bahasa inggeris dah satu hal lagi. my question is now, hanya sebab pelajar luar bandar tak dapat catch up, pelajar yang dah boleh catch up ni kene turunkan level pembelajaran dorg supaya level dorg same dengan luar bandar? come on la, be realistic, masa petrol turun pun orang ramai tak leh terima, tak leh nak turun level, jalan kaki atau naik bas. sama je situation dia. cuma ni melibatkan budak- budak. dorg belum ada sangat freedom of speech. semua yang 'matang- matang' je cakap. sebab dorg je la yang tahu perkataan2 bombastic yang sukar untuk dipatahkan. ape orang ckp? "budak- budak tak tau ape2". punya la kecoh macam dorg yang kene belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

dr. M tu berfikiran jauh. dia nak anak bangsa di pandang tinggi. nanti takde la orang debat ngan melayu guna bahasa inggeris kita duk diam ternganga je. sekurangnya, boleh la pertahankan diri. ok2. memartabakan bahasa Melayu? memang la kita nak. ramai yang takut lenyap nya bahasa melayu nanti macam lenyap tulisan jawi kepada rumi. ape lagi? ermm, jepun? memang la kat sana, orang yang datang sana kene ckp jepun. from my point of view, they've gain the respect. jepun tu dah individual. kalau kat highschool ni, dia kire budak famous. Malaysia? kire cam budak blur2, yang cakap je lebat. lepas tuh nak suh orang ckp bahasa dia? mane leh beb. kene gelak ngn member ar, cipta la benda yang lagi hebat dari psp. gain the respect first. then we'll talk other stuff.

dengan zionis sial, gaza duk perang, kita pun nak duk perang? pasal bahasa pulak tuh? ya Allah, hmm, tatau la nak cakap ape dah. dengan tema keamanan, sepatutnya penulis2 gabungan tuh, gapena duk ngan menteri dan bincang macam mana nak martabatkan bahasa melayu macam jepun buat, dan macam mana nak tingkatkan bahasa inggeris luar bandar. hmm, berita tadi menunjukkan dua pihak have come to their senses. kalau awal- awal buat camtuh kan bagus, tak penat polis nak buat report.

nabil cakap, lu pikir la sendiri.

you are the brightest star in the universe.

saya suka tengok bintang. malam- malam tu la kerja saya. i just love star gazing. pada saya, bintang- bintang tu adalah ciptaan yang paling sangat gila indah. kalau saya tak boleh keluar tengok bintang, hujan ke, sakit ke sampai takleh bangun, saya akan tengok bintang melalui petom, menggunakan software stellarium yang telah di hadiah/install oleh daus. terima kasih daus. =)

bintang yang paling saya sayang namanya vega. vega selalu ada malam- malam dari tingkap saya. sekarang ni, vega adalah boifren no,2 saya. vega selalu teman saya malam- malam stadi. tak tido dia teman saya, macam mane saya tau? sebab kat tempat dia asyik terang je, tak tutup lampu. hehe. bila saya sibuk dengan kelas ngan labs pagi hari, baru la vega tido. memandangkan saya tak perlukan dia masa tu. malam kang dia datang la balik, kenyit-kenyit mata kat saya. bahagianyeeeeeeeee. =)

mane saya tau boifren saya no.2 tu sebenarnya vega? saya pun sebenarnya tak tau. haha. yang saya tau vega adalah antara bintang paling bercahaya sekali in the night sky. i pretty much hated the other brightest star names, vega paling macho. so, that's up there in the sky. that's MY VEGA. =)) but it could be the mars kan? hehe. no la, mars is red. boifren saya ni sangat famous. kalah rockstar. dia ade disk dust yang buat dia sangat bercahaya dan sparkle. kalah sekali lagi rockstar. dia ada page wiki dia sendiri. semua orang kenal dia. dia lagi macho dari matahari. kalau dia diri sebelah matahari, ciponet je matahari tuh. sekarang dia sibuk on tour. sekarang dia jauh 25.3 lightyears. rindunyeee. leh jumpe dia ikut musim je.

dah nak dekat seminggu tak jumpe vega macam malam- malam sebelum ni. bukak tingkap je baru nak ckp "hye vega..". dia tade kat umah. bilik dia gelap je. dia tak balik lagi tour dia kot. bosan nye malam- malam tade vega. langit nampak gelap je vega tade. =( vega dah tak teman saya balik kelas malam lagi. vega dah tak teman saya stadi malam- malam lagi. vega dah tak suluh- suluh kacau saya malam- malam lagi. nak stay up malam pun dah tak lalu. vega dah tak jeles lagi kalau pesa datang malam. dia tak intai saya lagi.

sunyi nye saya. saya rindu vega. sihat ke dia? dah makan ke dia? lampu dia terbakar ke? dalam banyak- banyak bintang kat langit, none of them outsparkled me like you do. macam nak pergi tengah2 court tu and shout out your name. i missed you.



p/s: nangis betol seh. cam real je vega tu. if u were real. i would definitely date you and thanked you for keeping me company all this while.

Wednesday, March 18, 2009

baby im back. yeah.

tune: curtains close;arctic monkeys.

hectic, hectic semester.
but im back.
i've activated my facebook.
and im glad im back to do the 1 thing i love; blogging.
with the love of my life. =)

missing home~



p/s: RIP my phat cat, gemok. i love you. =((

Friday, March 13, 2009

1. Who are you?
i am mohd faisal

2. Are we friends?
yes

3. When and how did we meet?
melalui ika

4. Did you like me at all?
yap,sebagai akak yg baik..hehe

5. Give me a nickname and explain why you picked it.
kakbai...sbb u're older than me...hehe

6. Describe me in one word.
sempoi

7. What was your first impression?
x percaye mempunyai umur yang lebih tua dr sy sbb saiz badan agak kecil dr sy..hehe

8. Do you still think that way about me now?
tidak sama sekali...

9. What reminds you of me?
kereta kancil..haha

10. If you could give me anything what would it be?
doa...

11. How well do you know me?
ok la...mesra gitu...hahah

12. When’s the last time you saw me?
hmm...last disember...

13. Ever wanted to tell me something but couldn’t?
yap..

14. Are you going to post this in your notes and see what I say about you?
yap...hehe

15. What is my best attribute?

baik,sempoi...sy syg anda... :)

Thursday, March 5, 2009

Meet Uncle Hussain - Hilang

Meet Uncle Hussain - Hilang


Hadirlah keindahan yang abadi
Kau lenyapkan kenangan yang telah kualami
Cinta yang didusta rela ku dosa
Kelalaian kau memperdayaku

Namun apalah dayaku
Tempuh biar kau hanyut
Hanyut dalam warna-warna dunia

Heningnya ku rasakan
Melihat jiwa meronta
Ku gagah dan teguh berdiri
Segala nikmatnya syurga kononnya
Kelalaian kau memperdayaku

Chorus

Namun segala kisah berlaku
Harus ku terima
Hanya berserah pada yang
Maha esa

Tiada apa ku harap
Hanya dapatku temukan
Keindahan yang abadi selamanya