Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

Tuesday, February 7, 2012

Coming back

Dah lame tak update blog ni. Busy kerja.

Currently she is working at JB & i'm working at KL. Every 1-2 months only we can see each other. Hopefully our relationship is going to be more strong than ever despite of being separated by 300KM.

Me & her are planning to move on to next level soon. InsyaAllah. Semoga dipermudahkan segala urusan kami ya Allah.

Thanks to her for keep me happy whenever i go to JB.
Also thanks for the birthday present that she bought to me yesterday. I keep smiling every time i see the present. =)

THANK YOU SAYANG!!! =)


Me on the left & her on the right. Kasut gergasi & kasut puteri comel


See you next time.

Sentiasa sayang awak =)

Sunday, July 31, 2011

Malaysia vs Singa pura-pura

Hari Khamis lepas aku ke SNBJ - "Stadium keramat Harimau Malaya" untuk menyaksikan game Malaysia vs Singapore. Berkobar-kobar semangat nak pi tengok game. Hari selasa aku dh apply half day padahal tiket tak beli lagi mase tu. Hari selasa member pi SBNJ nk beli tiket, alik-alik habis lak. Aduyai. Aku dah moral down petang tu. Nak buat kerja pong dah malas. Damn.

Aku push gak member mintak pi beli esok pagi. Finally, we got the tickets! Hell yeah! Damn happy gile. Aku tersengih je satu hari kat ofis sementara nak tunggu Khamis. Lambat tol aku rase masa berjalan. Damn.

Hari Khamis pong tiba. Muka aku x berhenti sengih lagi. Padahal nak gi tengok bola je pon, bukannye nak pi tengok awek F1. =D Aku janji dengan member nak sampai Seri Kembangan jam 2.30 pm. Damn. Jam gile kat Tasik Selatan. Ade la dekat setengah jam aku sangkut kt MRR2 untuk perjalanan jarak 1KM je. Damn lagi. Aku ingat jam sampai bukit jalil, naseb baik tekaan aku salah. Jam takat Tasik Selatan je.

Lepak kat Seri Kembangan sampai pukul 4 then off to SBNJ. Sampai sana before 5pm. Parking kat TPM. Peluh2 aku jalan. Panas lak petang tu. Time sampai crowd dah ade tapi tak la sampai tahap melimpah ruah. Lepak2 jap usha baju then teros masuk dalam nak cop tempat. Tempat yg aku dapat baik punye. Ade awek lecur plak. Kahkah. Member dok cuci mate je sebelum game. Alik-alik awek tu blah. Ade yang kecewa sampai ke malam. Haha.

Sebelum, semasa dan selepas game memang happening gile. Tak macam masa game arsenal lwn malaysia haritu. Sampai serak aku jerit malam tu. Damn singapore, banyak lak berlakon nk waste time. Aku malas nak komen banyak pasal game tu. Sebab semua orang dah komen. Malas nak mengulang benda sama. Haha. Ade satu time aku sebak masa nyanyi lagu Inilah barisan kita after game habis. Benda ni xde tunjuk live kt tv. Damn sebak. Nasib baik tak tumpah air mata. Kalau tak buat malu je.

After game, lepak-lepak makan kat Puncak Jalil kot nama tempat tu. Bengong punye waiter, meja yg ade awek die layan dulu. Mentang2 la kitorang ni balak je sume. Cis. Dah la nak tunggu air sikit punye lame. Harga mahal. Nasib baik abg happy payong dinner+supper kitorang. Kitorang pon jadi happy skali. Credit to Hanif Zawawi. Thanks bro. Lain kali aku payong ko lak. Hehe.

Esoknye aku EL. Malas nak gi keje. Haha

Before game

Mr Hanif Zawawi


Muka garang

Warm up session

Sunday, June 27, 2010

Little walk

Minggu ni aku keluar dengan Miss Ika. Seronok dapat jumpa dia, rasa macam dah lama sangat tak jumpa. =)

Antara gambar yang sempat aku rakamkan menggunakan hp cikai aku.

Banyaknye Miss Ika saya makan. Sampai 2 air die.hehe


muka serius sebab tengah lapar. haha


Sunday, January 10, 2010

Had Fun

Petang tadi aku menonton Sherlock Holmes bersama si dia. Aku enjoy cerita tu tapi aku malas nak tulis review. Kalau nak tau pi tengok wayang sendiri. Haha. Tapi satu je problem masa tengah menonton tadi. Aircond hall tu kuat sangat la. Aku yang banyak lemak ni pun sejuk apakan lagi si dia. Kesian aku tengok. Menggigil jadinya. Kalau aku ade super power, aku dah buatkan satu shield sekeliling dia, takmau kasi dia sejuk.Huhu

Lepas menonton, kami pi ambil Fazli dan menuju ke McD. Hajat nak makan Prosperity tapi aku order Chicken McDeluxe lak. Pe cer??Haha. Takpe la, lain kali boleh datang lagi kalau terasa nak makan Prosperity.

Dah kenyang makan, kitorang ke Dataran BP. Hajat di hati nak cari shisha kat situ, tapi takde la pulak. So, pergi la kami tanpa haluan ke dataran tu. Tup tup jumpe Dayah lak, dia bawak adik dan anak buah dia main kat situ. Seronok ika melihat telatah budak-budak kecik yang berumur lebih kurang 2-3 tahun tu. Rata-rata budak kecik kat situ semua main bola. Dah macam tengok Soccerkids versi anak-anak kecil pulak.Haha. Sayang tak bawak kamera tadi, kalau tak mesti banyak gambar yang di'snap' tadi. Dah puas dok situ, kitorang chiow dan hantar Fazli pulang ke sarangnya. Haha

Secara kesimpulannya, aku seronok keluar bersama si dia hari ni. Bukan senang aku nak tulis pengalaman keluar dating ni. Ni pun aku rasa dah jadi macam buat laporan lawatan sambil belajar masa sekolah rendah dulu. Heh



p/s: thanx for the tonight =)

Sunday, June 28, 2009

macam-macam

Haaah. Akhirnya boleh jugak aku online kejap. Modem kat rumah ni buat hal la plak. Macam-macam cara aku guna nak betulkan balik modem ni, last-last aku panggil member aku je. Member aku yang bernama Zaim ni amek course telecomunication, so amat sesuai la aku panggil die. Pung pang pung pang dapat la aku online. Terima kasih kepada Zaim.

Aku bangun pagi hari ni, memandangkan ada kerja sket yang nak dilakukan. Pukul 11 lebih tadi aku pi kedai henset nak hantar henset aku masuk 'klinik'. Semenjak henset aku ni sakit, henset aku bertambah 'intelligence'. Kalau ada orang call, die tolong answer, kalo ade orang message die tolong reply. Naik pening kepala aku. Takpe la, semoga ko cepat sembuh wahai henset, kalo tak memang aku pakai public phone je pasni. Lepas hantar henset pi 'klinik', aku pi bengkel motor. Pi servis apa yang patut. Aku tukar tayar belakang motor selepas mendapat perkenan dari ayahanda. So lepas ni InsyaAllah tayar motor aku takkan buat hal lagi. Amin.

Malam tadi pulak aku pi hantar abah pi Hentian Putra. Kitorang lalu la dekat dengan Memorial Tunku Abd Rahman. Tiba-tiba ada 3 ekor anjing datang dekat dengan kereta. Siap keliling kereta lak tu. Bengong betul. Abah pun stop kereta kat tengah jalan, depa datang lagi dekat la pulak. Siap menyalak kuat gila. Sial punya anjing. Abah pun drive tapi buat acah-acah macam nak langgar anjing-anjing tu. Tau pun anjing2 ni nak lari. Tapi depa kejar balik kereta kami, ada la dalam 50 meter depa kejar pastu terus berhenti. Anjing2 tu pancit kot. Haha. Jalan punya jalan kitorang terjumpa lagi sekumpulan anjing ade la dalam 7 ekor. Tapi geng yang ni rilek je, dok bersantai tepi jalan, jenis tak kacau orang punye. Nasib baik la. Kalo tak aku rasa ade gak anjing yang mati kene langgar malam tadi.

Fuh, selamat aku tak naik motor lalu jalan tu. Kalo tak mesti aku kene gigit malam tadi pastu hari ni kene tahan kat hospital sebab kene penyakit anjing gila. Haha



p/s: untuk adinda tersayang, kanda harap agar adinda cepat kebah dari sakit. Jangan lupa makan ubat ya. Tidur kena cukup. Moga cepat sihat. Amin

Wednesday, June 17, 2009

Satu malam

Malam tadi aku keluar hurray2 dengan member baek aku. Kami pi downtown Bandar Tun Razak. Malangnye bilangan gerai yang ade berkurangan sikit dari kebiasaan. Pusing punye pusing aku tengok kedai bundle yang biase aku pi takde plak malam tadi. Aku baru nak tunjuk kt membe aku kedai tu sebab kedai tu barangnya ok2 gak. nice. Aku berdua je dengan member aku malam td, member2 laen sume xley keluar, ape sebab ntah. Dalam setengah jam pastu kitorang pun pi melepak kt gerai berdekatan. Member aku dapat angkat sehelai jeans codroy. Betul ke aku eja ni, mampus la. haha.

Lepak dalam sejam kat kedai tu pastu kitorang teruskan perjalanan dengan ronda2 di kawasan sekitar. Mana la tau kalo dapat pemandangan indah ke, beruntung la badan. Hasilnya satu pemandangan indah pun kitorang x dapat. Buat abis duit minyak je. So, kitorang decide untuk naik Bukit Permai. Lame dah aku x datang cni. Last skali aku datang pun maybe tahun lepas kot. Bukit ni terkenal jugak sebagai kawasan2 pasangan untuk 'merendek'. Tak senonoh betul depa ni, dh la kat tepi jalan.

Kitorang mendaki bukit ni dengan menaiki proton Iswara tahun 90 bape ntah, plat TS. Gile old skool. Membe aku hampir2 suruh aku turun kereta, die takut kereta die x larat nak naik bukit kalo aku ade. cis. Ingat aku berat sangat ke. Dah sampai kat atas kitorang stop kt satu port yang ok gak. Ade ruang untuk park kereta. Ok la tu, xyah jalan jauh nk ke tepi tebing bukit. Aku duduk amik2 gambar sket, borak2 sket, usha2 orang sket. Tetibe ade orang call, rupenye awek kesayangan. heheh. Layan jiwang atas bukit jap pastu kitorang balik. Lagipun aku lapar mase tu, makan laksa je sebelum keluar. Mane ley kenyang makan laksa je. Sampai je rumah, aku terus masuk dapur, amik nasi, amek ayam seketul, amek sambal goreng. Makan kenyang2. Kesudahannya, aku kenyang. Alhamdulillah!


kamera kurang memuaskan



Saturday, May 23, 2009

langkah kanan



kunjungan aku ke rumah member aku smlm nampaknye tidaklah sia-sia..sebelum pulang aku sempat dibekalkan oleh mak bapak member aku dgn sebungkus plastik ketam rebus..wooooo...baik punye!

ketam ni bapak kepada membe kepada member aku yg tangkap...kalo x paham sile abaikan..katanye ditangkap di sekitar kwsn rumah je..rumahnya berada di kawasan perkampungan nelayan di Johor...name tempat tu aku dh lupe..

cerite pasal tangkap ketam ni, aku teringat mase aku memukat udang semasa bulan puasa beberapa tahun dahulu.. memang best..malam tu aku, bapak aku, sepupu aku dua tiga orang bergerak lebih kurang pkl 1 pagi kot..kitorang pi ke sungai utk naek bot sepupu aku..senang je nk memukat udang ni..jatuhkn pukat, kasi bot jln sket, pastu angkat pukat..dekat2 pkl 4 baru kitorang blk umah..byk gk udang yg kitorg dapat..sampai je ke umah atok aku, kitorang terus bakar udang tu..pastu mkn mase sahur..masyuk gile..udang fresh la katekan..haha

perot pun dh berkeroncong, aku nk pi mkn ketam dulu..haha..chiow..salam

Saturday, March 28, 2009

im back...


B
eberapa hari lepas, saya telah mengalami demam, batuk, selsema dan juga sakit tekak. ini adalah kerana cuaca Parit Raja yang tidak menentu selama beberapa minggu kebelakangan ini. sekejap hujan, sekejap panas. sehinggakan hendak pergi ke kelas pun jadi malas.heheh

alhamdulillah saya sudah kebah dari demam namun batuk semakin menjadi-jadi. tambahan pula dengan cara pemakanan yang tidak betul iaitu makan makanan yang berminyak. kesannya, batuk saya semakin teruk dan dijangkakan ia akan berlarutan ke minggu hadapan. nampaknya, tidur-tidur saya selepas ini tidak akan nyenyak lagi dan mungkin rakan sebilik saya turut akan merasai kesannya. maaf dipinta terlebih dahulu.

hari ini masa saya dihabiskan dengan membawa kekasih saya iaitu saudari Atikah Basyirah keluar dari sarangnya. Beliau berasa sungguh teruja dengan berita ini sehinggakan beliau hampir2 mahu melompat meraikannya. lagaknya seperti seseorang yang memegang cek sebanyak RM2xxx.xx sahaja. namun saya biarkan sahaja beliau. harap-harap beliau akan terbawa-bawa dengan berita ini sehingga ke alam mimpinya.hehe

hajat ke panggung wayang adalah untuk menonton 'Confession of Shopaholic', namun ia tidak diteruskan kerana kelambatan panggung2 wayang yang ada di sini untuk meng'updatekan' list2 movie di tayangan sekarang. jadi kami pun menonton la 'KNOWING' yang dibintangi oleh Nicholas Cage. cerita ini memang berasaskan nombor2 ramalan yang akan membawa malapetaka kepada manusia sejagat. ok la cte. boleh bagi 3 bintang setengah sahaja.haha

setelah itu kami pulang dan saya telah membekalkan beliau dengan sebungkus goreng pisang beserta dengan air kelapa agar beliau boleh makan di kala lapar bersama rakan sebilik beliau.sy pun makan goreng pisang tu, sebab tu la batuk makin teruk mlm ni.haiyaaa

dh la,merapu je post ni...bye-bye


p/s: doakan supaya saya cepat sehat ye....

Tuesday, February 17, 2009

mandi sungai.....


pagi tadi aku menggodek2 pc dan terjumpa la gambar ni...gambar ini diambil ketika aku mengikuti "kursus mentor-mentee". mase tu tahun 2007 kot.hmm, x bape nk ingat la.lagipun mase ni aku still kurus lg, x mcm skang...dh mcm org terlebih zat je..hmm,macam x caye je aku join bende ni.join pun sebab membe2 ajak lgpun niat nk tambah sket sijil before graduate nanti.nanti xde la grad dgn tgn kosong je.

gambar ni diambil selepas kami mandi sungai.agk best gak la sbb dh lame x mandi sungai.tenggelam timbul jugak la dalam air sungai 2 sbb mase ni kurus lagi.haha.mase kursus ni, tiap2 petang kami mandi sungai.dh macam org asli pun ade gak.haha.

di sini, aku sertakan sedikit lagi gambar untuk tatapan kita bersama..heheh





dalam perjalanan ke sungai(kontrol macho)


baru sampai ke destinasi



"cintailah alam semula jadi kita "

Wednesday, December 3, 2008

sungai lurus.

this happened 3 weeks back, but only now im having it recorded. =) ika ada gap seminggu untuk paper seterusnya, encik faisal pula belum pernah sampai ke sungai lurus. this is my third time, plus i was craving for sambal kerang and the view of the ocean. =) tak tahu kenapa orang panggil tempat tu sungai lurus, padahal yang ada cuma lah laut. mungkin sebab name kampung yang terpaksa dilalui untuk sampai ke laut ni.

simply breath-taking. subhanallah.

en faisal pose for an album cover. =P

its a bit tricky to get there. we drove down the road of parit karjo and reached senggarang. which is about half an hour drive. at the sides of the road to senggarang are houses of the villagers, and you can see cows! lots of 'em! jakon jadinya. once, i get the experienced of watching few villagers battle spinning tops (gasing) which we dont see everyday. the closest i'd come to actually touch a gasing was my late tokyah's. tokyah showed me some of his moves. and i got a few skill up my sleeves. =) im not sure if tokmak still keep it or probably its been eaten by termites.

anyway, the tricky part is finding kampung sungai lurus. lautnya pulak ada di hujung kampung. pintu gerbang kampungnya susah nak perasan. asyik terlepas pandang je dan kena buat u-turn. but the view- is to die for! not to mention the sambal kerang. hingga menjilat jari. hehe. next time, i'll bring my family there. atok and nenek would love it.

yummeh!

Wednesday, July 16, 2008

girls just wanna have fun



i spent cuti hol like a king! well, not really. it was nad's idea that i spend the night with her so that we can have fun the next day. (it was hol holiday. haha. klaka.) en faisal insisted me on not going and left him alone, takut kebosanan.but nad's offer was too hot to resist! =) haha. around 9 to 10pm, both nad and ayob picked me up at college. to tell you the truth, it was hard leaving en faisal even it is only for a day. haha. yeke? we then had dinner on the way to batu pahat.

as i reached nad's school i was already making new friends. haha. We were sleeping on mattresses we laid on the floor. Haha. Gile kecoh la malam tuh. And I woke up to breakfast. And they cooked! Hmm. Bliss!! Oh, and en faisal’s texts cheered up the day too. Hehe.

As noon approached, we were off to our destination! Actually it was their plan. I only tagged along. Since there are 7 of us, two cars were used. And the drivers for the day were lucky Raza and Ikin! Haha. Jap2, sape yang suke jadi driver kan? Haha. First stop was ayer hitam. Those practical teachers wanted to get presents for their observers since their interns were about to be over in a couple of days. I helped them choose the perfect gifts. Hehe. And I got myself a heart-shaped pillow with little hearts and some writing on it- since NO ONE is getting me 1. huh.


Then we went to sungai lurus to have dinner and to witness the best gift u cannot resist- sunset over the sea. Biase la, begambar-gambar, berposing- posing. Haha.

Dah penat tuh pegi la makan kerang kat warung tepi laut tuh. Nana’s treat! Sonok gile! Makan free kan. Haha. Lepas maghrib we went back, but ikin had to make a detour to send me back to college.


Monday, July 14, 2008

mini gath


okayh. ini update yang sangat lambat dengan internet yang sangat slow kat bilek. kadang2 tak dapat connect pun. sakit hati jugak tunggu connection nih. whatever it is, i just want to update y'all (cewah) with recent mini gath i had with my friends. indulge in this photos. =)


if we were spice girls, i'd be posh spice. haha. coz i got to have becks. =)

daytona!

whoops!



Sunday, July 13, 2008

~kutip-mengutip~

'benda' yang dikutip



pada cuti semester yang lepas, saya berpeluang untuk pulang ke kampung halaman...peluang ini saya tidak lepaskan kerana ia hanya datang setahun 2 kali sahaja...macam hari raya pula gamaknya....memang gembira habis la sebab saya boleh buat 2 benda yang saya memang plan tiap2 kali balik kampung...rutin di kampung kata org...jumpa old fren and beli jersi siam...orang tak berduit mcm saya ni memang hanya mampu untuk membeli jersi siam je la..jikalau pergi ke butik pun hanya untuk membandingkan jersi siam saya dgn yg ori...biar apa pun org kata saya tetap bangga memakai jersi siam tesebut! =) terlanjur pula bercerita mengenai jersi siam, saya jadi malu sendiri kerana excited sorang2..harap dimaafkan..hehe



berbalik kepada topik asal, ketika saya berada di kampung...pada suatu petang, ketika sedang berehat-rehat menikmati keindahan suria (agak panas jugalah ketika itu), saya dikejutkan dengan panggilan dari adik bongsu saya...dia datang dengan muka tersenyum2 sambil tersipu-sipu, mcm ada benda yang dia mahu dari saya pula.....soal punya soal akhirnya saya dapat tahu juga hajatnya...rupanya dia mahu ke pantai...bercakap tentang pantai, memang sudah lama saya tidak ke pantai...jadi saya terus bersetuju dengan usulnya..dia dengan gembiranya terus melompat2..nasib baik tak patah lantai rumah atok saya tu...al maklum la, rumah kg sahaja...dia terus bersiap2 dan mengajak kakaknya pergi sekali...ibu saya tak mahu pergi jadi kami hanya pergi bertiga sahaja...



jarak perjalanan dari pantai itu ke rumah atok saya tidaklah lama, cume 15-20 minit sahaja...perjalanan selama itu pun saya perlu melalui 'pos polis hutan'...senyuman dimurahkan dan kata terima kasih diucapkan ketika melalui pos itu...saya tidak mahu ditahan oleh polis hutan kerana memasamkan muka dan dituduh menculik kanak2 bawah umur...haha..kami melalui jalan yang berlatarkan laut selepas itu...suasana sungguh menyamankan...lalu saya teringatkan si dia yang berkeinginan ke pantai tetapi tidak punya kesempatan...sampai sahaja,adik2 saya terus melarikan diri ke pantai...nasib baik depa tak tergolek...sebenarnya saya ingin juga turut serta tapi setelah memikirkan keadaan diri yang agak 'berat' ketika itu, saya batalkan sahaja niat saya...nanti tak pasal2 saya jadi bahan tontonan awam di pantai itu...hehe...



berjalan punya berjalan...saya pun terjumpa dengan sesuatu yg org lain mungkin anggap biasa sahaja tetapi tidak bagi saya...kerana saya jarang mengutip benda2 seperti ini, kebiasaannya hanya saya lihat dan tinggalkan...jadi saya memutuskan untuk mengutip benda itu...kelihatan menarik dan sesuai untuk diberikan kepada si dia...walaupun ianya tidak seberapa, namun nilai estestika yang wujud melebihi segalanya....adik2 saya biarkan bebas bermain di gigi pantai..sayang sekali saya tidak sempat untuk mengambil walau sekeping gambar pun kerana saya tidak punya gajet yg canggih2 utk dibawa bersama..saya semadikan detik itu dalam diri saya bagi ingatan di masa2 yang mendatang...apalah gunanya sekeping gambar jika tiada nilai kenangan di dalamnya...usai berjalan2, saya pun mengajak adik2 saya pulang...kata orang tak elok jika berada di pantai ketika maghrib kerana ketika itulah hantu air muncul di permukaan air...saya hanya mendengar sahaja, buat ingatan diri sendiri...kalau muncul pun, pastilah saya org yg pertama yang berlari..haha...



saya sempat membeli keropok lekor untuk kudapan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah...aah, terasa rindu pula dengan aroma keropok lekor pantai timur!...