Saturday, March 28, 2009

im back...


B
eberapa hari lepas, saya telah mengalami demam, batuk, selsema dan juga sakit tekak. ini adalah kerana cuaca Parit Raja yang tidak menentu selama beberapa minggu kebelakangan ini. sekejap hujan, sekejap panas. sehinggakan hendak pergi ke kelas pun jadi malas.heheh

alhamdulillah saya sudah kebah dari demam namun batuk semakin menjadi-jadi. tambahan pula dengan cara pemakanan yang tidak betul iaitu makan makanan yang berminyak. kesannya, batuk saya semakin teruk dan dijangkakan ia akan berlarutan ke minggu hadapan. nampaknya, tidur-tidur saya selepas ini tidak akan nyenyak lagi dan mungkin rakan sebilik saya turut akan merasai kesannya. maaf dipinta terlebih dahulu.

hari ini masa saya dihabiskan dengan membawa kekasih saya iaitu saudari Atikah Basyirah keluar dari sarangnya. Beliau berasa sungguh teruja dengan berita ini sehinggakan beliau hampir2 mahu melompat meraikannya. lagaknya seperti seseorang yang memegang cek sebanyak RM2xxx.xx sahaja. namun saya biarkan sahaja beliau. harap-harap beliau akan terbawa-bawa dengan berita ini sehingga ke alam mimpinya.hehe

hajat ke panggung wayang adalah untuk menonton 'Confession of Shopaholic', namun ia tidak diteruskan kerana kelambatan panggung2 wayang yang ada di sini untuk meng'updatekan' list2 movie di tayangan sekarang. jadi kami pun menonton la 'KNOWING' yang dibintangi oleh Nicholas Cage. cerita ini memang berasaskan nombor2 ramalan yang akan membawa malapetaka kepada manusia sejagat. ok la cte. boleh bagi 3 bintang setengah sahaja.haha

setelah itu kami pulang dan saya telah membekalkan beliau dengan sebungkus goreng pisang beserta dengan air kelapa agar beliau boleh makan di kala lapar bersama rakan sebilik beliau.sy pun makan goreng pisang tu, sebab tu la batuk makin teruk mlm ni.haiyaaa

dh la,merapu je post ni...bye-bye


p/s: doakan supaya saya cepat sehat ye....

5 comments:

ikabash said...

thnx for that wonderful day. i had fun. :) hoi2, sape yg excited lebeh, ske ati je kan.. hahaha.. get well soon k.. :)

pessa said...

ok...i'll try my best...haha

missrivebell mumun said...

owh.. tgk cerita knowing rupenyer..
sebbaik x g tgk cite yg same..

ikabash said...

tgk cite ape? upin ipin? hehehe

pessa said...

haha...depa tgk dragonball la...