Friday, March 20, 2009

malaysia boleh.

tadi ika tengok buletin utama. (ya, saya tengok berita-- dan mendengar dengan khusyuk). alhamdulillah, buat pertama kali nya ika berjaya duduk menghadap berita selama sejam. satu bende yang buat ika tertarik untuk tulis kat blog ni adalah isu ppsmi. tadi ade video dato hishammudin ngn a. samad said bergurau senda. ok la tu kan.. mesra! bak kata bob.

ape kehe ngan isu ppsmi? ika tak la ikut sangat ngan isu- isu camni. ika redah je ar dengan ape yang kerajaan dah set kan walaupun tak puas hati. nak kata macam lalang tak jugak. cuma malas la nak campur hal politik, hal yang melibatkan setiap rakyat malaysia. cewah. bukan ape, orang sekarang ni cakap main bedal je. mana fakta mana auta pun tak reti beza. cakap tak berdasarkan fakta. lebih kurang dah macam jenis fitnah. haha. daripada memalukan diri sendiri dengan tak tahu menahu sangat akta dan undang- undang negara, lagi dengan tak ikut sangat perkembangan negara. lebih baik la senyap dan belajar. itu tanggungjawab.

sememang nya perhimpunan menentang ppsmi menimbulkan chaos sedikit sebanyak. polis- polis kene kerja overtime, dalam report kene buat budget lebih sikit bulan ni, nak beli gas pemedih mata, polis trafik kene buat road block, nak keluar highway awal- awal kang road block traffic jam pulak, kerajaan dah takut ade gaduh- gaduh, ade yang terpenyek, terpijak, termati, dan macam- macam ter lagi. yang berjiwa muda remaja, seNGAmat sibuk juga turun padang, yang kat universiti pun turun, ponteng kelas la, ponteng test la, kene beli seluar baru ni, sok nak pi istana, hairgel nak abes ni.

dari point of view ika, yang memang serba serbi tak tahu ppsmi tu ape sebelum ni, mahupun ika tahu adanya gabungan penulis- penulis malaysia. (thanks to hubungan etnik.) perhimpunan itu adalah satu method pembaziran. pembaziran dari segi masa, tenaga, wang, emosi dan seluar baru. ika tak la menyokong for what the ppsmi stands for. my english still sucks, begitu juga bahasa melayu ika. i just dont get it. why? kenapa lepas for how many years baru isu ni nak di telagahkan? kenapa tak masa mula- mula dr. mahathir kenalkan dulu. masa dia jadi menteri dulu? my goodness, berapa tahun dah tu? kenapa suddenly benda ni baru macam nak terhantuk kat kepala semua orang? kenapa lepas government dah belanjakan banyak duit untuk program ni? kenapa bila kita dah ambil satu langkah ke hadapan kita nak patah balik?

memang la ada beberapa kawasan luar bandar bahasa inggeris dorg tak berapa baik lagi. memang la nampak macam tak aci pulak, dah la tersisih kat kampung, kene belajar bahasa inggeris plak. kene paksa plak tuh kan. susah la dorg nak dapat ape yang dipelajari, nak faham bahasa inggeris dah satu hal lagi. my question is now, hanya sebab pelajar luar bandar tak dapat catch up, pelajar yang dah boleh catch up ni kene turunkan level pembelajaran dorg supaya level dorg same dengan luar bandar? come on la, be realistic, masa petrol turun pun orang ramai tak leh terima, tak leh nak turun level, jalan kaki atau naik bas. sama je situation dia. cuma ni melibatkan budak- budak. dorg belum ada sangat freedom of speech. semua yang 'matang- matang' je cakap. sebab dorg je la yang tahu perkataan2 bombastic yang sukar untuk dipatahkan. ape orang ckp? "budak- budak tak tau ape2". punya la kecoh macam dorg yang kene belajar sains dan matematik dalam bahasa inggeris.

dr. M tu berfikiran jauh. dia nak anak bangsa di pandang tinggi. nanti takde la orang debat ngan melayu guna bahasa inggeris kita duk diam ternganga je. sekurangnya, boleh la pertahankan diri. ok2. memartabakan bahasa Melayu? memang la kita nak. ramai yang takut lenyap nya bahasa melayu nanti macam lenyap tulisan jawi kepada rumi. ape lagi? ermm, jepun? memang la kat sana, orang yang datang sana kene ckp jepun. from my point of view, they've gain the respect. jepun tu dah individual. kalau kat highschool ni, dia kire budak famous. Malaysia? kire cam budak blur2, yang cakap je lebat. lepas tuh nak suh orang ckp bahasa dia? mane leh beb. kene gelak ngn member ar, cipta la benda yang lagi hebat dari psp. gain the respect first. then we'll talk other stuff.

dengan zionis sial, gaza duk perang, kita pun nak duk perang? pasal bahasa pulak tuh? ya Allah, hmm, tatau la nak cakap ape dah. dengan tema keamanan, sepatutnya penulis2 gabungan tuh, gapena duk ngan menteri dan bincang macam mana nak martabatkan bahasa melayu macam jepun buat, dan macam mana nak tingkatkan bahasa inggeris luar bandar. hmm, berita tadi menunjukkan dua pihak have come to their senses. kalau awal- awal buat camtuh kan bagus, tak penat polis nak buat report.

nabil cakap, lu pikir la sendiri.

No comments: