Thursday, July 17, 2008

~hari ini~

hari ini merupakan hari yang memenatkan sel-sel otak saya....seawal jam 8 pagi otak saya telah dikerah bekerja melebihi had untuk menerima dan menyerap rumus2 mekanik bendalir yang kelihatan sungguh 'menarik' pada pandangan saya...ianya amat memeritkan tambahan pula dengan keadaan persekitaran dewan kuliah yang sungguh nyaman serta sesuai untuk melelapkan mata...jika salah percaturan, saya boleh pergi ke 'alam lain' dalam sekelip mata sahaja...haha...tunggu punya tunggu, akhirnya tamat juga penderaan mental ini yang mengambil masa selama 2 jam....pelbagai rintangan wujud namun saya berjaya menamatkan kelas itu dengan jayanya...

penderaan mental diteruskan apabila saya perlu menghantar laporan makmal....penderaan ini memang amat memeritkan kerana saya perlu menghasilkan rumus sendiri bagi memastikan tiada ruang jawapan yang kosong di dalam report itu....

pelbagai lagi kejadian berlaku, namun saya tidak berminat utk menceritakannya...takut2 nanti anda bosan pula dengan cerita saya ini...

sebagai kesimpulannya, hari ini memang hari yang memenatkan...pelbagai kejadian yang tidak diingini berlaku...mungkin Tuhan mahu membalas dosa2 yang telah saya lakukan...saya redha dengan ketentuan-Nya....

semoga hari esok akan lebih baik dari hari ini....Amin....

utk si dia, terima kasih kerana bersusah-payah meyakinkan saya utk sain 'agreement' itu....


p/s: i love u too ika... =)

2 comments:

ikabash said...

i love u 3.. =)byr la dh susah payah. haha

pessa said...

ok2....saya bayar la nanti...hehe