Friday, April 24, 2009
Edisi rumput
Rumput,
walau di mana jua tanah yang wujud, kau ada
walau di mana jua rekahan di jalan-jalan, konkrit-konkrit, kau tetap ada
rumput,
aku amat mengagumi semangat juang mu untuk terus hidup di muka bumi ini
semangat mu mengalahkan semangat Adolf Hitler untuk memerangi puak yahudi
rumput,
aku berterima kasih kepada mu
kerana kewujudan kau, muka bumi ini kelihatan amat indah sekali
kehijauan mu menyegarkan seluruh urat saraf ku
menginsafkan aku tentang kebesaran yang Maha Esa
rumput,
sekecil-kecil kau tetap ada gunanya
melengkapkan kitaran di muka bumi ini
memberi lembu-lembu juadah untuk terus hidup
agar kita dapat memanfaatkan daging serta susunya
rumput,
terima kasih atas segala yang kau telah curahkan
tanpamu, tiadalah ertinya kita bermain bola di atas padang
kerana dengan kewujudanmu, pergerakan bola itu akan bertambah lancar lagi menarik
rumput,
moga aku dapat melontarkan rasa hati ini lagi
supaya kau lebih dihargai oleh insan-insan yang lain
*cintailah flora dan fauna kita*
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
rumput...aku seperti mengenalimu tetapi di mana ye..hehe
syg nye kat rumput ye..
haha
tp saye lg syg awk...eheh
hoho.. lambat kalis. hahah
Post a Comment