Wednesday, July 8, 2009

Hari baik

Hari ini aku bangun awal pagi kerana sudah berjanji untuk breakfast sama-sama dengan ika. Kelas aku start 9 pagi hari ini. So, aku dapat la luangkan masa untuk breakfast dulu di TDI. Aku bangun pagi tadi, pi melabur dulu kt saham rumah then mandi. Selesai semua tu aku pun siap-siap, panaskan enjin motor, bukak pintu rumah. Semua budak rumah aku tak bangun lagi. Depa memang menggunakan masa tidur yang secukup-cukupnya memandangkan kelas pukul 9 pagi ni. Aku keluar rumah dalam pukul 8++, sampai sana dalam pukul 8.10 kot.

Sampai2 je si dia dah menunggu di kafe. So, kitorang pun terus la pi ambik makanan. Siap bayar semua operasi mengisi perut dimulakan. Dah lama tak breakfast same2. Takde kesempatan selama ni. Makan punya makan aku tengok dua2 pinggan licin, dua2 gelas air pun habis. Patut la Auntie Mala panggil kami anak2 badak. Hahahaha. Selepas makan acara borak2 pula menyusul. Tiba2 mata aku terpandang tv. Tv tu tengah siaran MHI, Couple tengah perform lagu akustik masa tu. Walaupun aku layan Couple, tapi aku rasa lagu tu hampeh jugak la. Tak berapa nak sedap dengan bunyi suara yang terlampau kuat aku rasa lagu tu macam pelik pulak. Sedar2 je jam dh pukul 8.50. So aku pun gerak ke kelas. Awal2 sem ni memang aku masuk kelas awal, al-maklum semangat masih tinggi.

Aku abes klas pukul 11 pagi. Kelas pukul 11 depa cakap cancel. So aku terus cabut balik rumah la. Baru je rehat2 kt rumah, tibe2 ade orang bgtau kelas ada. Mau kelam kabut gak aku siap2. Sampai kelas dah pukul 11.20. Nasib baik lecturer tak buat hal. Kalau tak mau kene sembur gak mase masuk kelas tu. Memang membazir minyak motor je. Sape la buat dakyah kelas takde tadi. Kalo aku tau siap la. Memang nak kene sigung!

No comments: