Friday, October 30, 2009

Design Exhibition 09

Dah lame aku nak post pasal benda ni, tapi kesibukan tahap petala langit ke-tujuh membuatkan aku hilang arah. Terkapai-kapai mencari haluan. Takmau aku cerita banyak. Kita terus ke berita yang aku ingin sampaikan ni.

Exhibition tu terjadi pada 22/10/09. Setiap group diberi satu booth untuk mempamerkan hasil ciptaan masing2. Kena ada brochure jugak. Apa jadahnye, bukannya aku nak jual produk aku pun. Haha. Sebut pasal brochure, aku nak berterima kasih sangat2 pada Miss Ika yang bersusah payah tolong buatkan brochure. Sampai tak tidur malam tu. Terima kasih sangat2. Jasamu ku kenang sampai ke akhir hayat. Hehe. Brochure hasil kerjanye amatlah cantik sehinggakan beberapa orang telah datang ke booth aku semata2 nak tengok brochure je. Produk aku pun depa tengok camtu je. Hampeh tol.

Group aku telah menghasilkan satu produk yang diberi nama M-FRaCS. Ade style tak name die? Nama panjang produk tu aku tak mau sebut la. Nanti korang lagi kagum plak, aku jugak yang bangga nanti. Haha. Hampir kesemua pengunjung berpuas hati dan kagum dengan hasil ciptaan kami kerana ia adalah satu-satunya produk yang seperti itu di atas muka bumi ini. Amacam? Korang kagum tak? Haha.

Cakap pun takde guna, di sini aku selitkan gambar-gambar yang berjaya di ambil ketika exhibition itu. Peace to all~


Inilah M-FRaCS. Misteri kan?Haha






4 comments:

ikabash said...

alaaaa, gamba kecik. xnampak dah muke acap hahahaha

pessa said...

apsal nk tgk muke acap?...haha

Machicken said...

Laa...dok puji melangit brocernye..nk tgk gak

pessa said...

nanti la kakbai..x amek gambar lg brochure tu..hehe