Saturday, July 17, 2010

30 fakta tentang aku.

  1. Aku seorang yang malas.
  2. Aku suka melengah-lengahkan pekerjaan.
  3. Aku suka senyum semasa bersendirian semenjak kenal dengan Miss Ika.
  4. Tiada orang yang pernah kata aku hensem selain dari Miss Ika . Haha.
  5. Aku suka berambut panjang tapi dalam masa yang masa aku rimas.
  6. Sekarang ini aku bangun pagi dan tidur awal, lalu membuatkan Miss Ika cakap aku ni orang tua.
  7. Aku suka dengar lagu Butterfingers.
  8. Aku ada seorang awek yang funny, dia selalu membuat aku ketawa.
  9. Aku bersekolah di asrama sejak dari Tingkatan 1, jadi tiada istilah homesick bagi aku sekarang ini.
  10. Maksud nama aku ialah penyelesaian, namun aku sukar menyelesaikan sesuatu masalah.
  11. Aku suka lihat pokok yang warnanya kehijauan untuk mencari mood sebelum study.
  12. Dulu aku suka menumbuk benda-benda yang berada di sekeliling jika aku bengang.
  13. Kaki aku bersaiz 9 atau 10 dan kadang-kadang sukar untuk mencari kasut yang bersaiz ini.
  14. Semasa Tingkatan 1 dan 2, aku terikut dengan budaya hip hop. Aku selalu memakai seluar baggy jika keluar ke bandar.
  15. Aku selalu mengumpul majalah Ujang, Revolution semasa berada di Tingkatan 1 hingga 3.
  16. Aku pernah bermain skate. Sekarang skateboard itu dijadikan sebagai alas pasu bunga.
  17. Aku pernah didenda berdiri selama 2 jam kerana tidak tahu berapa nilai 1 inci dalam unit centimeter(cm).
  18. Aku seorang yang pemalu dengan perempuan dari sekolah rendah hinggalah ke Tingkatan 5.
  19. Aku pernah lari dari tadika dan singgah di rumah orang yang tidak dikenali kerana hujan lebat ketika melarikan diri dari tadika.
  20. Sekarang ini aku tidak suka mendengar lagu-lagu dari seberang.
  21. Aku mudah lupa.
  22. Aku tidak suka kucing.
  23. Aku pening kalau membaca di dalam kereta.
  24. Aku suka lihat wajah Miss Ika kerana ia menenangkan aku.
  25. Aku suka menyakat Miss Ika semasa dia merajuk. Pasti dia akan ketawa dan tidak dapat merajuk lagi.
  26. Aku seorang yang pasif dengan orang yang tak dikenali.
  27. Aku tidak suka tengok perempuan yang tak reti make-up tapi nak make-up jugak. Jadilah mereka macam badut.
  28. Aku suka minum milo ais. Nikmat.....
  29. Miss Ika ialah cinta pertama aku. Terima kasih kerana menerima saya yang tiada apa-apa ini.
  30. Aku sentiasa rindu pada Miss Ika, lebih-lebih lagi pada masa sekarang.

tagged by Miss Ika. thanks for tagging !

2 comments:

ikabash said...

hahah, most of them r abt me!

16.Aku pernah bermain skate. Sekarang skateboard itu dijadikan sebagai alas pasu bunga.

i like this 1. fanni!

pessa said...

yeah...my world is revolves around you...ehehhe